SUN
194 stories
Warmer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 253
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 1
[7th romance] Nara Ardea tidak pernah berharap untuk difahami. Dia cuma belajar untuk bertahan, walaupun dunia sering memintanya memberi lebih daripada yang dia mampu. Bagi Rais Adham, menjaga adiknya adalah segalanya. Dan bila Nara muncul dalam hidup Rifsya, dia melihat gadis itu sebagai ancaman, seseorang yang hanya akan menyusahkan adiknya. Salah faham demi salah faham membentuk jurang antara mereka, tanpa Rais sedar bahawa caranya menilai dan mengawal telah melukakan sekeping hati yang dalam diam mencintai. Namun apabila kebenaran tentang Nara akhirnya terbongkar, Rais menyedari sesuatu yang tak pernah dia akui sebelum ini: ada hati yang telah terluka, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus segala salah silapnya. Kerana cinta kadang datang bukan dengan kata manis, tetapi dengan kesedaran, pengorbanan, dan keberanian untuk menebus kesilapan.
Safer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 356
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
[6th romance] Falisha Dalili hanya tahu satu perkara dalam hidupnya: berkorban. Sejak ibunya pergi meninggalkan keluarga demi lelaki lain, Falisha menjadi satu-satunya penjaga ayahnya yang sakit. Hidupnya sederhana, terbeban hutang yang bukan miliknya, namun dia tetap bertahan. Saat ayahnya pergi, sekali lagi dunia Falisha runtuh. Rumah yang selama ini menjadi pelindung rupanya sudah dicagarkan. Pemilik sahnya kini adalah Khair Edrees, lelaki asing yang tiba-tiba merampas satu-satunya tempat dia pernah merasa selamat. Khair datang menuntut hak, dan Falisha diminta pergi. Tetapi Khair memberikan satu pilihan lain. Untuk kekal memiliki rumah tersebut, Falisha perlu berkahwin dengan Khair. Ketika hidup memaksa mereka berada di bawah satu bumbung, Falisha mula sedar bahawa apa yang ditawarkan Khair bukan sekadar perlindungan. Tetapi sebuah tempat untuk kembali, dan seorang lelaki yang tidak pernah berniat untuk pergi.
Seindah Pertemuan Itu by nyxauraa_71
nyxauraa_71
  • WpView
    Reads 75
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 10
Adelia Natasya seorang yang ditinggalkan oleh bekas tunangnya.Namun,kehadiran Ziyad Zidhan benar-benar membuat hidupnya menjadi huru-hara.Semakin lama mereka semakin rapat hingga wujud perasaan di hati masing-masing.Adakah ini benar-benar cinta atau sekadar suka semata-mata?
[OG] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 17,812
  • WpVote
    Votes 2,183
  • WpPart
    Parts 15
[SECOND BOOK] Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan yang tidak pernah putus. Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #2 Healing #2 Cute #4 Keluarga #5 Trauma #6 Sayang #7 Family
Ariana's Protection by myvroo
myvroo
  • WpView
    Reads 708
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 9
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐦 × 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐃𝐚𝐯𝐚𝐧𝐨 𝐃𝐞𝐧𝐳 Tengku Ariana Adreanna binti Tengku Ahmad Adam,anak bongsu dari empat beradik, hidup dalam bayangan keluarga yang penuh kuasa dan rahsia. Tiga abang lelakinya-Tengku Adrian, Tengku Arian, dan Tengku Aaron-sentiasa menjadi pelindung setia Ariana, walaupun mereka masing-masing membawa beban dan cerita tersendiri. Bapa mereka, Tengku Ahmad Adam, adalah seorang tokoh yang dihormati dan kuat dalam dunia perniagaan serta politik, sementara ibu mereka, Tengku Aisya Hijannah, membawa kelembutan dan kebijaksanaan dalam setiap langkah keluarga Rex Umbra (Raja Bayangan) . Namun, di sebalik kemewahan dan kekuatan itu, tersembunyi ancaman yang mengintai dan memerlukan Ariana dijaga dengan penuh perhatian. Maka, hadirnya Tengku Daniel Denz sebagai pelindung peribadi Ariana bukan sekadar tugas, tetapi sebuah janji untuk melindungi sesuatu yang sangat berharga. "Khawin dengan aku Tengku Ariana Adreanna." Ucap Davano kepada Ariana. "Tapi Dav,atas kehendak apa kita perlu berkhawin?kita tak kenal satu sama lain,kita juga tak ada perasaan sesama kita Dav" Ucap Ariana dengan nada yang sedikit meninggi.Ya,Ariana perlu berkhawin dengan Davank kerana nyawa Ariana dalam. bahaya.Ramai musuh keluarganya sedang mencari Ariana. "Ariana minta maaf pada semua orang,Ariana terpaksa buat semua ni demi kebaikan dan nyawa korang" Ariana menghantar pesanan kepada setiap ahli keluarganya dan juga lah suaminya Davano.Ariana tidak mahu membebankan mereka disebabkan dia,semua orang sanggup bergadai nyawa.Jadi dia memutuskan untuk menyerahkan dirinya ke kumpulan gangster yang dipanggil "The Black Serpents".Kumpulan ini dikatakan sangat kejam.Mereka membuat perdagangan manusia dan membuat perniagaan haram.Semua pihak polis takut untuk masuk campur urusan mereka. 𝕍𝕠𝕥𝕖, 𝔽𝕠𝕝𝕝𝕠𝕨 𝕒𝕟𝕕 𝕊𝕙𝕒𝕣𝕖
Isteri Untuk Tunku by ahan1504
ahan1504
  • WpView
    Reads 2,775
  • WpVote
    Votes 240
  • WpPart
    Parts 58
[ 1st Romance] Tengku Athifa Zuhayra, seorang gadis dari keluarga berada, kelihatan sempurna di mata orang luar. Namun di sebalik pintu rumah mewahnya, Athifa hidup dalam kekosongan - dimaki, dipersalahkan, dan dianggap beban oleh ibu bapanya sendiri. Kasih sayang tidak pernah menjadi haknya. Pertemuan takdir berlaku ketika kecil di sebuah pantai, saat seorang lelaki bernama Atheef diam-diam menyimpan rasa terhadap Athifa. Mereka bertemu kembali di sekolah menengah. Athifa tidak tahu langsung bahawa Atheef sebenarnya Tunku Atheef Iskandar Bin Tunku Iskandar Alam Shah, Tunku Mahkota negara Asteria yang menyamar sebagai pelajar biasa demi menikmati sisa kehidupan normal sebelum memikul takhta. Ketika hidup Athifa semakin terhimpit, tragedi terbesar menimpa - dia dibuang keluarga. Tanpa arah dan tanpa sesiapa, Athifa diselamatkan oleh Atheef. Atas rasa tanggungjawab dan perasaan yang dipendam sejak kecil, Atheef membawa Athifa ke istana dan menjadikannya anak angkat keluarga diraja Asteria. Di bawah naungan istana, rahsia, cinta yang dipendam, dan status sebenar Atheef perlahan-lahan terbongkar. Antara luka lama Athifa dan amanah Atheef sebagai pewaris takhta, mampukah cinta yang terjalin melahirkan takdir baharu-menjadikan Athifa bukan sekadar puteri angkat... tetapi isteri kepada Tunku Mahkota Asteria?
Ceritera Hidupku by ahan1504
ahan1504
  • WpView
    Reads 230
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 53
Puisi ku tulis menggunakan hati , jadi jika hati kau benar ikhlas kau akan mengerti.
Sayap Hati Kita [OG] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 6,017
  • WpVote
    Votes 1,120
  • WpPart
    Parts 29
SPIN OFF: PELANGI BUAT RIYANA