liaatishaa
- Reads 6,843
- Votes 229
- Parts 18
QAISARA TIHANI GOLDING seorang wanita yang boleh dikatakan sempurna. Mempunyai wajah yang menawan, sikap yang terpuji, bijaksana serta baik hati. Namun, disebalik kesempurnaan itu, terselit kekurangannya. Ya, sejak dari dahulu lagi dirinya tidak mempunyai kekasih hati, bukan tiada yang berkenan dengan si cantik doktor Sara Hani itu, namun semua yang mencuba untuk memikat pasti ditolaknya.
Kenapa? Kerana hatinya itu telah dicuri, dan disimpan rapi khas untuk sang jejaka, HAFIZ FAHMI.
Bertahun menyimpan rasa, dipendam dan disemat di lubuk hati yang terdalam.. Namun takdir menentukan segalanya. Mereka ditakdirkan untuk bekerja di hospital yang sama!
Hafiz Fahmi yang tegas dan serius ditemukan dengan Sara Hanj yang comel dan periang. Dapatkah dan akankah Sara Hani mengambil peluang itu untuk menambat hati jejaka yang diminatinya itu dan adakah Hafiz Fahmi akan menyedari kewujudan wanita itu?
Akankah wujudnya nadi cinta di antara kedua doktor muda itu?