Pemenang Kawaii Awards 2020
14 stories
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 355,996
  • WpVote
    Votes 21,935
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
Beriku Peluang Kedua (HIATUS) by atlyaa
atlyaa
  • WpView
    Reads 7,441
  • WpVote
    Votes 767
  • WpPart
    Parts 54
Beautiful cover by @theleoo__ ✨ Zareen Sofea. Dialah heroin, dialah antagonis dalam skrip cintanya. Hadirnya Fareeq Azri sebagai pelakon tambahan yang cuba merampas takhta hero dalam kisah cinta Zareen Sofea. "I can't accept you for no reason." -Zareen Sofea. Benarkah cinta perlukan pengorbanan? Benarkah cinta tidak semestinya memiliki? Jika benar, semestinya tidak salah jika dia merampas kebahagiaan seorang isteri demi meraih semula memori indah yang kian kabur. "Balik semula pada I, lupakan kisah lalu." -Zafri Haiqal. Kehidupannya berubah 360° apabila kisah lalunya kembali menuntut pengakhiran yang sempurna. Layakkah Zareen memperoleh peluang kedua untuk bahagia? Siapakah pula hero sebenar yang layak memiliki hatinya? Nantikannya di dalam Beriku Peluang Kedua.
Hannah Nadhirah by _Aisywa
_Aisywa
  • WpView
    Reads 157,097
  • WpVote
    Votes 8,734
  • WpPart
    Parts 68
3RD ROMANCE BY _AISYWA THE WATTY AWARDS 2019 WINNER ROMANCE ⚠️ Penulisan dalam karya ini adalah versi belum sunting (edit). Raw/draft version (pls expect grammar error, typo & etc) ⚠️ Bukan heroin. Bukan cinderella yang menanti putera idamannya. Bukan si Juliet kekasih hati si Romeo. Tapi seorang gadis yang tagih kasih sayang dari seorang lelaki. Membina perasaan cinta terhadap seorang lelaki bertahun lamanya. Tapi saat mahu meluahkan rasa, lelaki tersebut sudah memiliki gadis idamannya. "Aku cuma nak cakap yang aku sayang kau." -HANNAH NADHIRAH Apa nasibnya apabila lelaki pujaannya merangkap sahabat baiknya sendiri sudah mempunyai buah hati? HANNAH NADHIRAH bukan heroin tetapi antagonis. Jahatkah dia? Suatu hari HANNAH NADHIRAH mendapat kad jemputan kahwin yang akan diadakan di hotel terkemuka. Betapa remuknya hati kecil HANNAH NADHIRAH saat membaca nama si pengantin. "Bagi aku peluang untuk bagitahu sesuatu! Aku..." - HANNAH NADHIRAH Dendamnya disimpan. HANNAH NADHIRAH membawa diri jauh ke Australia pada hari perkahwinan lelaki pujaannya. Dia akan kembali menagih cinta. Beberapa tahun sudah berlalu, kehadirannya membuatkan satu rumahtangga kucar kacir. "Kau akan jatuh dalam perangkap aku." - HANNAH NADHIRAH Senyuman sinis mula terbit apabila segala rancangannya mula berjaya. Dia bukan heroin, dia bukan si lemah, dia ialah antagonis yang berjaya. Graphic Design by qeylalala Vote | Comment Start : 19 May 2019 End :- √ Cerita yang unik dan kurang klise √ Plagiat tidak dibenarkan, otak ada kan? √ Jalan cerita seperti naik rollercoaster © 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌™
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,547,761
  • WpVote
    Votes 340,156
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
03. Encik Husband | OG by cikcykaaa
cikcykaaa
  • WpView
    Reads 22,845
  • WpVote
    Votes 3,243
  • WpPart
    Parts 26
🏆 The Best Romance | The Diamond Award 2020 🏆 The Best Romance[The Winners] | Kawaii Awards Limit 2020 🏆 The Best Romance | Ècrire Award 2020 🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020 🏆 Honourable Mention[Romance] | Ealain Award 2020 Berkahwin dengan lelaki bisu tidak termasuk dek akal wanita Melayu campuran Jepun itu. Kerana sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan aba dan uminya dia sanggup menikahi lelaki bisu itu. Hidup sebumbung dengan lelaki itu umpama pembantu rumah tak bergaji. Kewujudan si isteri seperti tidak dianggap wujud. Saban hari seiring dengan waktu, hidup sebagai isteri kepada lelaki itu tidaklah seteruk yang dia bayangkan pada mulanya meski lelaki itu tidak menganggap kewujudannya. Tapi... Kerana satu insiden, satu peristiwa pun berlaku sehinggakan lelaki itu melayannya dengan baik selayaknya seorang suami lakukan terhadap isterinya. Menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya. Tatkala sedang ingin mengecapi apa itu bahagia, badai ombak pula datang merembus mahligai istana perkawinan mereka ketika si isteri hampir mengambil hati si suami. Apa lagi yang perlu ia pertahankan? "I like you always." "Too late," "I know then, i still have a spot in your heart. Right?" "No." Also known as Silent Love On going | Slow update [2018] | Romance ___ p/s harap maklum buku ni tiada unsur 18sx, jd yang bawah umur still boleh baca. and buku ini 100% adalah imaginasi daripada seorang saya :)
 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇 by baeryflakes
baeryflakes
  • WpView
    Reads 9,216
  • WpVote
    Votes 965
  • WpPart
    Parts 46
UNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. Tatkala masa berlalu hari demi hari, kelekaan yang selama ini dirasai akhirnya diganggu dengan kehadiran seorang bidadari. Mencabarnya dari setiap segi, malah menguji setiap titik kelemahannya di dalam diri. "Awak kasar, tapi menarik perhatian. It's Addictive"- Bunga Mawar Maylea Akan tetapi, berkecimpung di dalam dunia bertakhta menyukarkannya untuk bermain dengan soal hati. Namun tatkala ingin menetapkan pendirian diri, hati sentiasa berjaya untuk mengkhianati keputusan diri sendiri. "She's mine. You touch her, same as you touch me"- Reidht Nathan Saat takhta sering berlegar di bulatan peperangan, kedudukan rakyat semakin menjadi galang ganti di dalam ancaman pelupusan. "Nathan is way more stronger than his father. Jika Reidht Nahdan cukup kuat untuk kau, then his son is the true definition of the split personality. He's Vicious"- anonymous Psycho? Huh. Wanita yang selama ini dicintai, akhirnya disayangi dalam diam tanpa henti. "Ab--abangg" That 'abang' in her lips, was so seductive to hold. Ketika buku ingin menyelak helaian yang seterusnya, hadir pula istikharah yang memberi petunjuk bagi bab yang berikutnya. "Abang dah pernah nampak wajah ni" "Where?" "In my istikharah, meminta abang untuk mencintai dia sehingga ke Luh Mahfuz" Ketika jalan cerita mulai menutup tirai, amanah yang selama ini dipegang rapi kembali dipersoalkan. Darjat dan Takhta menjadi noktah di dalam pencarian, perebutan kuasa menjadi penutup dalam pengkhianatan. "Maafkan aku, sebab cintakan kau" Namun kadangkala, cinta terpaksa mengorbankan sesuatu yang tidak terniat di hati, demi untuk mencapai bahagia yang dititik sejak Ilahi. Cover and design by @baeryflakes Start-24/1/2020 End-
Secret Mafia (🔷🔸) by liaa_nadh
liaa_nadh
  • WpView
    Reads 48,225
  • WpVote
    Votes 2,224
  • WpPart
    Parts 20
∆ Please vote and comment my story ∆ [Slow update] < book 1> -"ɪғ ʏᴏᴜ ᴄᴀɴ'ᴛ sᴛᴀɴᴅ ᴛʜᴇ ʜᴇᴀᴛ, ᴅᴏɴ'ᴛ ᴘʟᴀʏ ᴡɪᴛʜ ɪᴛs ғʟᴀᴍᴇ" |7 girls with thousands of identity| Mereka kembali dengan satu tujuan. Mereka kembali dengan pembalasan. Mereka kembali dengan penuh dendam. Nova Highschool,sekolah antarabangsa yang berprestij tinggi. Cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan terutamanya disiplin. Violet Rose, 8 orang puteri sekolah iaitu pengawas yang digeruni oleh para pelajar di sekolah itu. Mereka digelar 'DEVIL PRINCESS'. Namun, satu kejadian telah menimpa salah seorang ahli mereka sehingga mengakibatkan kematian. Meninggalkan mereka kepada tujuh orang. Pengetua sekolah itu memilih mereka untuk dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan. Kini, mereka kembali sebagai pelajar yang berbeza. Mereka lebih kejam berbanding dahulu. Red Knight, 7 orang jejaka idaman yang merupakan pengawas jawatan tinggi juga tidak kurang hebatnya. Tatkala, 14 remaja ini bergabung pasti akan berlakunya pergaduhan di antara mereka untuk menjadi yang terbaik dalam menguruskan hal disiplin sekolah. ⚠inapropriate word (f**k, b*tch, sh*t and etc..) √ Jika ada yang sama mohon maaf √ Idea 100% dari otak saya #support cerita saya 😁 sᴛᴀʀᴛ: 25/11/2019 ᴇɴᴅ: - sᴛᴀᴛᴜs: on going Beautiful cover by🌻🌻: _Ellith ⚠Buku ini adalah hak milik saya, @liaa_nadh sepenuhnya. Dilarang menciplak buku saya dan bawanya ke website lain.
Akademi DiRaja Granté by sevennie
sevennie
  • WpView
    Reads 477,283
  • WpVote
    Votes 35,521
  • WpPart
    Parts 54
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan bakal pemimpin dunia. Berdirinya megah di atas sebidang tanah yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Itulah Akademi DiRaja Granté. Alice Allyna, seorang gadis biasa yang bergelut dengan identiti dan personaliti diri tersesat di akademi berprestij tersebut. ❝ Layakkah aku berada di sini? ❞ Satu per satu kejutan menyambut kehadirannya sebaik sahaja dia bertapak di Pulau Granté. Dan antara yang paling tidak boleh diterima logik akal ialah, ❝ Apa dia cakap? Only female schoolmate? ❞ Hidupnya dikelilingi oleh lapan orang putera raja yang berbeza perwatakan serta latar belakang. Masing-masing dengan daya tarikan yang tersendiri membuatkan bukan sahaja Alice, malah para pembaca akan turut terpesona. Adakah anda sudah bersedia? Ayuh, kita selami dunia penuh fantasi mereka ! [ FANTASY | ROMANCE | COMEDY ] ⊱ ──────────── ⊰ © sevennie 2017 Nota : Cerita cringe in mula ditulis pada zaman jahiliah saya. Ada banyak kelemahan di bahagian awal memandangkan sebelum ini saya tak rancang plot. Saya tak delete sebab sayang dah tulis, jadi saya biarkan jelah mereput di wattpad ni. Kalau korang nak baca cerita yang mempunyai plot lebih teratur, boleh baca Putera Hati yang merupakan sekuel kepada cerita ini tetapi boleh dibaca sebagai stand-alone. Apa-apapun, saya tak larang korang baca cerita ini. Selamat membaca.
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,774
  • WpVote
    Votes 1,745
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚 by ninazfaa
ninazfaa
  • WpView
    Reads 2,021
  • WpVote
    Votes 196
  • WpPart
    Parts 19
(Siri 1of2:- Siri Pertama ini, mengenai pasangan Dash dan Zafira... Memaparkan bagaimana segala konflik bermula ⚔️) ❄️ Dash telah diamanahkan oleh datuknya, Raja Lewis iaitu raja Kerajaan Angin, untuk mencari kedamaian antara kerajaannya dan Kerajaan Tanah yang bermusuhan, namun... bukan itu kisah yang ditakdirkan untuk seorang Putera Dash. Putera Dash dan Puteri Zafira bertemu, disaat Dash lupa ingatan. Ini, kisah hidup Dash. Kisah seorang Putera Dash, menjadi Raff Si Tukang Besi. Kisah Raff yang tulus menyayangi. Begitu juga Zafira yang tulus mencintai. Takdir, pertemukan mereka. Namun, takdir juga, telah mengubah segalanya. Inilah kisah seorang putera, yang menjadi tukang besi, namun akhirnya menjadi seorang raja. Seorang raja yang berduka. ❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️ Start:- 2019, Aug Finish:- 2019, Nov