ainRAZAK_34
- Reads 1,528
- Votes 102
- Parts 22
Huda Quah, gadis kacukan Melayu - Cina telah dilahirkan dan dibesarkan di kampung kelahiran si ibu selepas kedua ibubapanya berpisah. Atas desakan hidup, ibunya terpaksa mengahwini seorang lelaki yang sudahpun berkeluarga.
Kehidupan yang disangka mampu memberikan kebahagiaan, rupanya hanya ilusi semata. Bahagia itu tidak pernah wujud pada Huda dan ibunya.
Kematian Puan Lily Airin secara tiba-tiba mengundang sengsara pada diri seorang Huda Quah. Dirinya hampir menjadi mangsa nafsu serakah seorang lelaki yang bergelar bapa tiri.
Dia tekad mahu melarikan diri.
Tindakan Huda akhirnya membuahkan hasil. Dia berjaya melangkah keluar dari neraka dunia itu. Walaupun begitu, kehidupan Huda Quah tidak hanya terhenti di situ sahaja. Dirinya telah dijejaki.
Kali ini oleh seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. Adakah kehidupannya bakal berubah?
Siapakah lelaki yang cuba menjejakinya? Dan apakah kaitan dirinya dengan lelaki itu? Pertemuan demi pertemuan demi menyelamatkan Huda dari menjadi mangsa seseorang yang mahukan kematian gadis itu.
"Siapa kau? Kenapa perlu ekori aku? Siapa kau pada masa lalu aku?" - Huda Quah
"Aku pelindung kau. Yang akan hadir disisi kau bilamana aku diperlukan. Yang akan muncul di depan, saat nama aku diseru oleh kau" - Mr B
Siapakah Mr B yang cuba mendekati dan melindungi Huda Quah? Adakah lelaki itu dari masa lalunya? Atau adakah kemunculan lelaki itu akan membawa perubahan pada masa hadapannya?
Semua persoalan dibiarkan tanpa jawapan. Keperihatinan dan lirikan mata lelaki tanpa nama itu, buat dia terpana. Pintu hati bagaikan terusik dengan satu rasa.
Namun, dia punya kelemahan.
"Andai aku jatuh cinta, biarlah rasa itu menjadi rahsia. Kerana kita tidak mungkin akan bersatu, biarpun kau dan aku mahu" - Huda Quah
Dia hanya insan biasa yang punya rasa. Dia hanyalah cinderella yang muncul dalam hati sang jejaka hanya sementara. Bila tiba waktunya, dia terpaksa menghilang. Menghilang dan terus menghilang buat selama-lamanya.