joyride ૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა !!
8 قصص
Seri | Antara Dua Alam بقلم merrasian
merrasian
  • WpView
    مقروء 19
  • WpVote
    صوت 0
  • WpPart
    فصول 2
Hutang darah tidak akan terpadam oleh masa. Sejak kecil, mata Seri terbiasa melihat 'mereka' yang tidak memijak bumi. Namun, satu perkara yang dia tidak mampu lihat adalah masa silamnya sendiri. Dia tiada langsung memori tentang kampung halamannya. Kepulangannya untuk menjaga si abah yang hilang waras mula membongkar rahsia hitam keluarga. Di sebalik rimbunan kelapa sawit yang sunyi, suara-suara ghaib mula menyeru namanya di tengah malam. Ada susuk jelita yang menanti di alam seberang, memanggilnya pulang ke pangkuan 'Bonda'. Rupa-rupanya, ketidakwarasan abahnya bukanlah satu kebetulan. Ia adalah harga untuk sebuah perjanjian syirik yang dimeterai bertahun lalu oleh arwah datuknya. Kini, sempadan dimensi manusia telah terlerai. Terperangkap di dalam belantara asing yang tidak berpenghujung, Seri menyedari satu hakikat yang mengerikan: dia bukanlah sekadar cucu dalam keluarga itu. Dia adalah bayaran yang telah lama dijanjikan. Dan 'mereka' datang untuk menuntutnya. ***cover will be changed later
+2 أكثر
Anti-Hero: Julien Hazer بقلم elyssra
elyssra
  • WpView
    مقروء 513
  • WpVote
    صوت 75
  • WpPart
    فصول 11
DAYINI ARDINI. Berusia 20-an namun tingginya hanya menyamai budak berumur 12 tahun. Kecil-kecil cili padi ya! Seorang veterinar bertauliah. Kerjanya kalau boleh 24/7 hanya bersama haiwan saja. Sebab apa? Sebab bagi seketul Dayini, haiwan itu lebih memahami berbanding manusia. Lebih baik dan lebih elok perangainya. Kisah silam yang berjaya merobek hati membuatkan Dayini nekad tidak mahu beri peluang mana-mana lelaki menjadi hero dalam drama hidupnya Sehinggalah dia ditugaskan untuk menjaga kucing milik seorang CEO ternama, hidupnya jadi tunggang terbalik. Ada saja tak kena tatkala kucing itu berada dalam jagaannya. Susahnya macam nak jaga anak manusia! JULIEN HAZER. Lelaki kacukan Melayu-Inggeris. CEO Megah Holding- eh, tak bukan. Memiliki syarikat perisikan yang dibangunkan oleh keluarganya dan kini, menjadi pewaris ke-2. Ada masa dia boleh jadi green-flag. Ada masa sisi red-flag nya ditonjolkan. Ada masa perangai tak matang terkeluar dengan sendirinya. Lebih-lebih lagi dengan Dayini, doktor haiwan yang dijumpai di hadapan syarikatnya. Sangat menyayangi kucingnya yang bernama Dior. Bak kata Dayini, bini berbulu Hazer. " Letak lagi kucing nama jenama mahal. Hilang nanti padan muka! Saya ni doktor, bukan caretaker kucing awak. " - Dayini. " Kalau Dior hilang awak orang first saya cari, little one. " - Hazer Namun, disebabkan Dior lah mereka berdua ditakdirkan untuk bertemu. Sebabkan bini berbulu Hazer itulah Dayini berjumpa dengan lelaki yang bakal menjadi pelindungnya. " Sayang Dior je ke? Tuan Dior ni pun nak kasih sayang Doktor Dayini juga. " - Hazer
seamin tak seiman vol.1 بقلم whutifrun
whutifrun
  • WpView
    مقروء 166
  • WpVote
    صوت 22
  • WpPart
    فصول 5
kalau tidak bisa bersatu , kenapa tuhan pertemukan kita ?