JemariGemok's Reading List
4 stories
Biar Hati Berbicara | YANA AGASSHI ( READY STOCK) by JemariGemok
JemariGemok
  • WpView
    Reads 787
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 7
Karya: Yana Agasshi Pre Order Release: End of Oct 2021 Blurb: "Saya mengandungkan anak Qayyum. Saya nak dia bertanggungjawab." - Thia Alisa. "Apa yang buat awak berubah macam ni, Lisa?" - Qayyum Haris. Derita mengubah Thia Alisa menjadi seorang wanita berhati beku, berwajah dingin, bersikap kasar. Demi menyelamatkan satu nyawa, dia kembali pada kekasih yang pernah ditinggalkan 9 tahun lalu. Namun saat kehangatan sang kekasih hampir mencairkan hatinya yang beku, dia sekali lagi pergi tanpa berita. Qayyum Haris ditinggal terkapai-kapai tanpa arah mencari. Hati yang retak, hancur berderai. Kepercayaan yang dibina, runtuh untuk kali kedua. Sekian tahun hidup dalam kecewaan, Thia Alisa akhirnya kembali lagi. Tapi kali ini wanita itu kembali untuk mencairkan kedinginan di hatinya pula. Apakah Qayyum Haris mampu memberi Thia Alisa peluang ketiga?
Fiksyen (Sudah Terbit) by _ljskwb
_ljskwb
  • WpView
    Reads 67,058
  • WpVote
    Votes 4,966
  • WpPart
    Parts 24
[MALAY FICTION] 12th Wattpad Story by _ljskwb. Ini kisah fiksyen. Tentang Jirey yang hanya nak buktikan bahawa cintanya kepada Dhir bukan fiksyen. _____ Fiksyen. ©2017, Jiyan. All Rights Reserved.
Miss Pen Pal | Akuorgbiasa (SOLD OUT) by JemariGemok
JemariGemok
  • WpView
    Reads 455
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 17
Miss Pen Pal Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas. Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen. - Romeo Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? - Juliet Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo. Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya. Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. - Sky of Phoenix Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati. Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? - Thor Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya. Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua... - Edison Ng Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan. Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu - Ahmad Tariq Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?
Aku Kan Ada | Akyelrahim (SOLD OUT) by JemariGemok
JemariGemok
  • WpView
    Reads 1,686
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 7
Ini cerita Yah dan Lid, yang menurut sejarah sudah berkawan sejak daripada bayi. Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah. 💖 Yah kata, dia penat mahu melayan Lid Si Raja Drama. Lid pula kata, dia tak larat nak dengar cerita Yah Si Ratu Masalah. Orang kata, perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan baik, mesti salah seorang akan tersuka. Orang kata... tapi betul ke? Atau itu cuma mitos purba kala? Biar Aku Kan Ada buktikan segalanya! 💕