IrseMayra
- Reads 21,552
- Votes 2,458
- Parts 43
Mereka datang ke Syria dengan alasan yang berbeza. Ada yang mencari perjuangan. Ada yang mencari pembalasan. Ada yang melarikan diri daripada masa lalu.
Namun perang tidak pernah peduli tentang alasan sesiapa.
Aslan, Zelimkhan, Mikhail, Israfil dan Magomed meninggalkan Rusia lalu mengembara ke Syria, membawa bersama kisah hidup, luka dan rahsia yang tidak pernah mereka ceritakan kepada sesiapa.
Di tengah-tengah peperangan, mereka menemukan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka; persahabatan yang menjadi seperti keluarga.
Tetapi semakin lama mereka berada di tanah yang bergolak itu, semakin jelas bahawa musuh sebenar bukan sekadar mereka yang berdiri di hadapan muncung senapang.
Ada dendam yang diwarisi daripada perang bertahun-tahun lalu. Ada dosa yang tidak dilakukan oleh mereka sendiri. Ada keluarga yang menunggu kepulangan. Dan ada sahabat yang mungkin tidak akan pernah pulang.
Dalam perang, setiap orang punya cerita.
Dan tidak semua cerita berakhir dengan bahagia.
Sebuah kisah tentang persahabatan, kehilangan, dendam dan manusia yang mencari makna di tengah-tengah perang.