Norhani18's Reading List
3 stories
{The Secret Crush}✔ by yourauthordira
yourauthordira
  • WpView
    Reads 50,556
  • WpVote
    Votes 3,268
  • WpPart
    Parts 52
[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi dia(sahabat) pergi dan tak menghargai apa yang aku buat untuk dia. Perlu ke aku kembali kesana dan membantu dia(crush)menghadapi semua kesakitan itu atau biar dia menghadapi semuanya seorang diri........ Read and just waiting for the ending😉 Writing by diraxmy Title for the book {The Secret Crush}
NYCTOPHOBIA by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 945,251
  • WpVote
    Votes 15,684
  • WpPart
    Parts 19
Hayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. Hayla tahu dia tak boleh lari dari mengikut aje adat resam keluarga, tapi dia juga ingin bahagia. Tapi angannya punah saat dia kenal siapa sebenar Kiff. Hati lelaki itu terlalu keras untuk menerimanya sebagai seorang isteri. Hayla juga ada kepala angin. Dia anak Carl Danial, tokoh tersohor di dalam kalangan usahawan perniagaan. Dia bukan orang biasa-biasa yang maruahnya senang diinjak-injak. Lantas dia minta dirinya dilepaskan. Kiff setuju. Tapi bersyarat. "Kau ada pilihan. Samada nak stay atau blah. Tapi kalau kau nak blah, aku bagi kau 2 jam untuk kau prepare untuk lari. But after 2 hours, kalau aku jumpa kau, your life is mine. Aku boleh buat apa aje yang aku nak." -Kiff "And what if you tak jumpa I after 2 hours?" - Hayla "I'll do what ever you want." - Kiff Persoalannya, mampukah Hayla lari? Dan jika tidak, apa yang akan Kiff lakukan padanya? Jika ya, apa yang Hayla akan minta? Amaran : Di sini, perkataan yang digunakan lebih keras dari buku-buku saya yang biasa. Keganasan rumah tangga juga diselitkan.
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,315
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."