Mairxxx's Reading List
12 stories
Saya sayang awak Cikgu! by anis_nark
anis_nark
  • WpView
    Reads 407,546
  • WpVote
    Votes 13,823
  • WpPart
    Parts 40
Sinopsis dekat dalam citer.Sinopsis panjang sikit..hehe..So,have fun!
Istimewa Kasih Sayangmu [Complete] by mrdhya_
mrdhya_
  • WpView
    Reads 1,196,967
  • WpVote
    Votes 28,113
  • WpPart
    Parts 87
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang gadis muda dan seorang duda telah mewujudkan suatu tanggapan yang tidak disangka. Mardiah yang lembut hatinya tersentuh akan seorang bayi kecil yang sudah kehilangan ibunya. Bukan insan itu sahaja,malah bayi itu juga turut kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Mardiah yang sudi menjadi ibu susuan bayi itu telah mendapat perhatian sang duda,iaitu bapa bayi itu. Azrell mula jatuh hati akan kasih sayang Mardiah terhadap anaknya,Qaysara. Disebabkan oleh amanah Arwah Syazira dan kasih daripada Mardiah, Azrell mengambil keputusan untuk menikahi Mardiah Hampir saja lamaran Azrell ditolak oleh kerana Mardiah masih belum bersedia untuk bersuami. Namun,saat Azrell menawarkan penjualan sebuah kafe yang amat Mardiah idamkan, gadis itu mulai setuju akan syarat Azrell iaitu mengahwini dirinya. "Encik Az, saya kahwin dengan Encik Az pun sebab Sara bukan sebab saya ada hati dengan Encik Az. " - Nur Mardiah "Tapi saya nak awak kahwin dengan saya sebab kasih sayang awak terhadap anak saya walaupun bukan pada saya. Saya akan terimanya. "- Azrell Ameer Memang tidak dapat dinafikan, Mardiah yang dulu buta pada cinta akhirnya tenggelam juga dek kerana penangan cinta majikannya yang sudah bergelar suaminya yang sah. "Mar, selama ini saya buat semua kemahuan awak sebab saya cintakan awak. Tapi, ini yang awak balas pada saya dengan cara kahwin dengan lelaki lain. " - Haykarl Mardiah diuji dengan banyak masalah yang menimpanya. Haykarl yang menagih cinta darinya membuatkan fikirannya jadi kusut dengan Azrell yang sudah hilang kepercayaan kasih sayang darinya. Semua orang yang dia harapkan selama ini lenyap dalam sekelip mata tanpa dia duga. Adakah Azrell akan mempercayai semua penjelasan Mardiah setelah apa yang terjadi?Dan adakah Haykarl tetap akan menanti cintanya pada Mardiah selama ini?. p/s: Cover by @Nraalalaa
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin by AkuroArishima01
AkuroArishima01
  • WpView
    Reads 1,151,420
  • WpVote
    Votes 48,693
  • WpPart
    Parts 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Perangai Syafirah mula berubah sejak dia mengetahui sesuatu dari Syafiq. Dan sejak itu Syafirah tidak sabar dengan sikap Syafiq. Nasib tidak menyebelahi mereka dan sering terserempak. Perbalahan antara mereka sudah tidak boleh dihentikan. √BEST ACHIEVEMENT√ ~Teen Fiction #2~
Kau Untukku Selamanya by thedayangg
thedayangg
  • WpView
    Reads 149,838
  • WpVote
    Votes 5,907
  • WpPart
    Parts 79
Bismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah kisah biasa yang dilakonkan oleh hamba-Nya yang penuh kisah silam yang perit. Sang Hamba bersama penyesalan seumur hidupnya terhadap sang ayah. Dan seorang lagi hamba-Nya pula bersama kisah silam yang bergitu jijik baginya. Manakala seorang hamba-Nya pula hidup dalam lautan dosa yang dahukalanya berubah kerana cinta. Ya cinta... CINTA... Satu perkataan yang mempunyai penuh makna tersirat. Cinta, dengannya manusia boleh saling berbunuhan... Dengannya, manusia boleh bahagia... Dengannya, manusia juga boleh berubah... Dan tanpanya juga, manusia pun boleh saling berbunuhan. Tanpanya, manusia tiada hala tuju... Kerana cinta merangkumi segalanya Cinta kepada-Nya Cinta kepada rasul-Nya Cinta kepada hamba-Nya Tanpa cinta juga sayang dan simpati takkan wujud. -Terima kasih- -Takpa, lagipun benda dah nak jadi, nak buat macam mana lagi- -Tolong, ajarkan saya semula tentang-Nya- Jadi bagaimana tiga hamba-Nya ini menghadapi takdir yang sudah tertulis? Apakah makna cinta buat mereka?? Ehem, masih dalam proses untuk menjadikan ceritanya lebih nampak matang. Almaklumlah, novel nih dh ditulis oleh penulis pada umur 13 thun, dn sekarang penulis sudah berusia 18 tahun...
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,382,425
  • WpVote
    Votes 60,456
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
Tuan Daniel by AdrianaSophillea
AdrianaSophillea
  • WpView
    Reads 23,383
  • WpVote
    Votes 508
  • WpPart
    Parts 7
Cinta yang diatur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama Daniel telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah.dan alangkah 'sengalnya'menjadi pembantu rumah yg serba tidak tahu membuat kerja rumah.Terjalinkah cinta mereka?Bagaimanakah Daniel menangani seorang maid
I Remember You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 331,635
  • WpVote
    Votes 19,854
  • WpPart
    Parts 55
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuanya dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan Amelia mengalami amnesia. Detik waktu, hati mula mencambahkan rasa sayang. "Awak ada saya, Lia." ❄ Bila kasih mula berputik, lamaran dihulurkan. "Saya serius nak kahwin dengan awak." ❄ Namun, bukan semudah impiannya. Mukhriz, bekas kekasih Amelia hadir menghalang hubungan mereka. "Kau patut bersyukur aku tak bunuh kau. Kalau kau masih nak teruskan pertunangan bodoh kau ni, aku akan pastikan kau mati." ❄ Jodoh ditetapkan. Gadis itu menjadi miliknya. "Keputusan abang, nikah dengan Lia adalah keputusan yang paling tepat abang buat dalam hidup abang." ❄ Namun bertubi tubi ujian melanda setelah itu. Amelia hilang upaya. Saat dia jatuh tersungkur, Hafiz setia di sisi. "Jangan pernah berhenti berharap pada abang sebab abang takkan berputus asa dengan Lia." IRY ~ How could a heart like yours ever love a heart like mine? © 2018 / 2019
I See You  by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 60,070
  • WpVote
    Votes 3,483
  • WpPart
    Parts 17
~ Lihat, ke dalam mataku, sinarnya menyala. Lihat, cintamu bertakhta dihati ~ 💎 My Blind lady Delisa Qiana kehilangan penglihatan selepas kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya. Dalam sekelip mata, dia bukan saja menjadi buta, tetapi juga pewaris kepada empayar perniagaan terbesar milik keluarga. Namun, bukan simpati yang datang padanya. Ramai mula mengintai harta... termasuk Qi Umar, bekas tunangnya yang kembali atas nama tanggungjawab atau mungkin, ketamakan. Tetapi dalam dunia yang kelam, Delisa belajar melihat dengan cara yang berbeza. Dan dalam hati yang keliru, Qi mula mengenal cinta yang tak pernah dia hargai dahulu. ISY ~ close your eyes and feel my love
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,573,614
  • WpVote
    Votes 97,892
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
I Like You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 733,554
  • WpVote
    Votes 32,380
  • WpPart
    Parts 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali bertemu dengan Nuh Ziyad ketika hari pertama dia mengajar di sebuah kolej swasta. Sejak itu, Nuh sering mengusiknya sehingga timbul rasa sayang pada Nuh. Namun, isi hati yang terluah ditolak mentah mentah oleh Nuh. Kecewa dengan penerimaan Nuh, Hana menerima lamaran Fakhrul, pilihan ayahnya. Tunang yang dipercayai boleh membuatkan Hana melupakan Nuh mula berubah kerana cemburu. Fakhrul tanpa rasa bersalah menghina dan memukul Hana. Kala itu, Nuh juga yang menyelamatkan Hana. Kali ini dia mengaku, cintanya hanya pada Hana. Namun, masa silam yang menghantui menghalang niatnya untuk menjadikan hubungan mereka lebih serius. Hana kecewa lagi. Saat dia tidak lagi mengharapkan Nuh, lamaran tiba tiba dari lelaki itu membuatkan dia ragu. © 2018