Mafia
2 cerita
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| oleh QilaNiz
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
QilaNiz
  • Membaca 1,649,522
  • Suara 61,312
  • Bagian 88
DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasuh dalam keluarga yang senang. Bonus, dia dianugerahkan kesempurnaan wajah serta kebijaksanaan akal. Perkahwinan muda yang tidak disangka telah membuka tirai kesedihan buat Dahlia. Setiap manusia ada kelemahan mereka sendiri. Bagi Fayyadh, sikap ingin tahunya tentang sang isteri telah mengheretnya menyelam ke dasar masa silam Dahlia yang penuh dosa dah khilaf. "Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku,Aria?"-FAYYADH HAIDAR. " Kalau kebenarannya pahit dan kau tidak boleh menerimanya,kau nak buat apa? Ceraikan aku?"-DAHLIA ARIANA. Di saat kemanisan mula dirasai, Ada pula bala yang menanti, 6 tahun pemisah jasad dan hati, Janji Tuhan sentiasa ditepati. Sang dia mula memunculkan diri, Bagi menyembuhkan jiwa yang disakiti, Masih adakah rahsia lagi? Segalanya termaktub di buku ini.
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) oleh Elerieloveofficial
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)
Elerieloveofficial
  • Membaca 1,149,936
  • Suara 42,605
  • Bagian 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.