💅🏻
8 stories
Love In Silent ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 1,652,744
  • WpVote
    Votes 60,854
  • WpPart
    Parts 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
Jodohku,Classmate Ku?✅ by kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Reads 2,036,654
  • WpVote
    Votes 102,690
  • WpPart
    Parts 55
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menjadi isteri Rizq di usia yang muda. Masing-masing masih bersekolah. Rizq Haikal seorang lelaki yang tidak diduga perangainya. Dia juga seorang badboy tetapi pelajar cemerlang di sekolah itu. Usah ditegur cikgu tentang perangai dia. Rekod setiap tahun tak pernah bersih. Kenapa dia masih kekal di sekolah tu? Hmm... Sebab dia.. Pelajar cemerlang. "Ibu... Anin tak nak duduk dengan dia.. Anin tak suka dia... "-Hanin Sofea. Nama pun suami isteri mestilah duduk satu rumah. Oleh sebab itu, semakin hari, semakin hadir perasaan cinta dan sayang Hanin terhadap Rizq. "Aku kalau boleh tak nak kau dekat dengan Khalil. Kau tau kan dia musuh aku? Kenapa kau perlu rapat dengan dia? "-Rizq Haikal. Perkahwinan di zaman sekolah,mestilah banyak dugaannya. Perlu ada kesabaran yang tinggi. Nantikan liku-liku kisah percintaan Rizq Haikal dan Hanin Sofea... Jodohku, classmate ku? #brokenenglish #stilllearning Start:16 November 2018 End:24 Disember 2018 ©kimiafina2018
STORY OF US | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,164,473
  • WpVote
    Votes 12,218
  • WpPart
    Parts 7
Prestige High #1 Tengku Hafiey Daniel X Tengku Dyana Zatiera (Previously known as Headprefect AND Vice Headprefect) Prestige International High School... di sinilah segalanya bermula. Tanggungjawab yang kian berat, ikatan persahabatan yang diuji, kisah silam yang kembali menghantui, konflik peribadi, tekanan keluarga dan karier sukan yang menuntut pengorbanan... semuanya datang bertimpa-timpa pada tahun terakhir mereka di sekolah itu. Bagaikan ribut taufan yang melanda tanpa sebarang amaran, mereka terpaksa berhadapan dengan realiti yang jauh lebih mencabar daripada apa yang mereka jangka. Dan di sinilah mereka belajar bahawa dewasa itu bukan sekadar angka... tetapi tentang memilih untuk tetap berdiri walau seluruh dunia cuba menjatuhkan. Start:21st April 2017 End:20th June 2018 Revamp: 2025 Status: Bakal Terbit ⇨Rank⇦ 4/11/17:#11 in teen fiction 19/5/18:#9 in teen fiction 23/5/18:#4 in teen fiction ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
Headprefect VS ViceHeadprefect (Re-edit) by queandayangg
queandayangg
  • WpView
    Reads 74,014
  • WpVote
    Votes 4,186
  • WpPart
    Parts 4
WARN; Please Scroll down the part selector to read Prologue, Chapter 1 and Chapter 2. Sorry for the inconvenience caused !!! WARN; Sila Scroll down dipart selector untuk membaca prolog , bab 1 dan bab 2 . Harap Maaf atas kesulitan yang berlaku ! Tengku Hannah Khairina seorang gadis yang jelita . Hanya dengan rupa mampu mencairkan jejaka yang melihatnya . dia seorang Instafamous , menghormati orang yang lebih tua . Di Flashlight Highschool atau pun lebih dikenali sebagai FH , Dia dan geng dia The Girls lah yang di minati jejaka di FH malah mereka juga salah satu kumpulan yang di geruni antara The Girls dan The Boys . The Boys ? mereka ialah 'Childhood' The Girls sejak umur 7 tahun . The Boys mempunyai 4 orang ahli iaitu Tengku Daniel Hafizi , Tengku Farhan Rafael , Tengku Aizzat Hakimi dan Syed Aqieff Ikmall . Tengku Daniel Hafizi seorang jejaka yang begitu kacak , menghormati orang tua namun begitu , Dia dan Tengku Hannah Khairina lah yang paling digeruni pelajar FH berbanding The Boys dan The Girls . Mereka berdua digeruni ramai kerana sikap yang begitu Dingin. " Sebenarnya kamu berdua dah lama bertunang . ini adalah wasiat dari atok kamu berdua jadi kami bercadang agar cuti ini kamu berdua menikah" - Tengku Kamal " What ? " jerit Hana .. " argh aku taknakk " rengek Hana " kau ingat aku nak?" sinis Daniel berkata . Apakah kesudahan rumah tangga antara Tengku Hannah Khairina dengan Tengku Daniel Hafizi ? Mampukah mereka menjalani ujian Rumah Tangga dengan kebahagiaan ? " Cinta dapat dipupuk , percaya satu sama lain walau apa pun yang terjadi " S t a r t ; 060319 E n d ;
MR CEO VS MISS DOKTOR by Mayang_Atiyah
Mayang_Atiyah
  • WpView
    Reads 68,208
  • WpVote
    Votes 1,778
  • WpPart
    Parts 13
iman syazana dalam diam mencintai zafran khairullah sepenuh hati. tetapi ada sesuatu kejadian yang membuatkan iman syazana ingin melupakan insan bernama zafran khairullah dri kamus hidupnya sehingga dia sanggup membuat perjanjian jika mereka jumpa 8 tahun kemudian pasti zafran khairullah sudah tidak ada tempat didalam hatinya. iman syazana berjaya membina tembok dihatinya agar melupakan zafran khairullah. tetapi ada sesuatu perkara yg telah berlaku dan menyebabkn tembok iman syazana bina selama 8 thun hancur musnah begitu sahaja. apakah yang berlaku... saksikan lah di mr ceo vs miss doktor.
Encik Penulis, Miss Photographer! by yienisme
yienisme
  • WpView
    Reads 711,224
  • WpVote
    Votes 34,329
  • WpPart
    Parts 70
Zafran Aidil seorang penulis yang tidak terlalu serious dan tidak suka dengan populariti. walaupun dia seorang penulis, tetapi tidak ramai yang mengenalinya. Qaisara Irdina pula seorang yang ceria, happy dan suka menangkap gambar. dia mengambil jurusan Photographer dan setelah habis belajar, bekerja di satu butik perkahwinan. Zafran dan Qaisara dijodohkan bukan kerana terpaksa atau pilihan ibu bapa. mereka berkahwin dengan satu cara. nak tahu ? kena la baca ! walaupun berkahwin bukan kerana paksaan atau pilihan ibu bapa, hidup di alam perkahwinan mereka tidak lah indah seperti yang disangka. bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana masalah kecik pun beria nak besarkan ! ya itulah mereka. ********* " Comel je diorang pakai baju colour sama, lepastu ada anak panah tunjuk 'husb' dekat baju perempuan, then dekat baju lelaki tu pulak ada anak panah dengan perkataan 'wife'. " kata Qaisara Irdina sambil menunjuk ke arah pasangan di hadapan mereka. " Kenapa? Kau nak pakai macam tu jugak ke? Aku ok je." kata Zafran Aidil " ish tak nak lah. Diorang pasangan muda lagi. Bukan macam kita. Kau tu dah tua, buat bahan gelak je pakai baju macam tu " Laju sahaja Zafran mengetuk kepala aku. " aku baru 29 tau, 29 ! Ingat. Takde la tua sangat, masih mampu lagi nak kasi kau anak " kata Zafran selamba. Bulat terus mata aku. " ish apa ni cakap pasal baby pulak. Dekat public pulak tu. Dah la, layan kau boleh sewel aku. " " siapa suruh layan aku " aku menjeling Zafran lama. Dia hanya tersengih. ******** " kenapa kau nak jadi photographer? " tanya Zafran. " sebab aku nak tangkap semua kenangan yang indah tentang kita " kata aku sambil tersenyum. " kau pulak, kenapa nak jadi penulis? " " sebab aku nak tulis semua kisah pahit manis tentang kita. " dia menjongketkan keningnya. " punchline nampak " perli aku. Aku senyum sinis ke arahnya. " kalau kau boleh bagi, aku pun boleh. Helloo, aku penulis la " Aku mencebik. Suka bangga!
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,641,672
  • WpVote
    Votes 64,648
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019
Cinta Untuk MrGarang by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 7,369,359
  • WpVote
    Votes 349,064
  • WpPart
    Parts 78
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah baba kini diatur oleh Suaminya yang baru berusia 17 TAHUN. "Jangan nak menggatal sangat. Kau isteri aku"- Syafiq Hilman "Cuba senyum? Asyik nak marah je. Kan handsome kalau senyum." Nur Elleana Kenapa makngah sangat membenci Elleana? Perkahwinan diduga lagi dengan cinta mati Abang Afi terhadap Elleana yang sudah lama dipendam.