rissyaleeya
- Reads 120,561
- Votes 2,876
- Parts 56
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ]
~
Armin Mikail dan Nur Mikayla Medina membesar bersama sejak kecil, tiada rahsia di antara mereka, malah hubungan mereka sudah seperti sebahagian keluarga sendiri. Namun, segalanya berubah apabila Puan Mina, ibu Armin, berkeras mahu melihat anak tunggalnya itu berkahwin dengan Ranea, sepupu jauh yang menjadi pilihannya.
Armin menolak berkali-kali, namun desakan ibunya tidak pernah berhenti. Setelah hampir seratus kali dipujuk dan dituntut, akhirnya Armin akur. Pernikahan itu berlangsung tanpa rela, hanya demi menjaga hati seorang ibu. Mikayla sebagai sahabat hanya mampu berada di sisi, menenangkan Armin meskipun hatinya sendiri remuk melihat penderitaan lelaki itu.
Dua bulan selepas perkahwinan, hidup Armin bersama Ranea bagaikan neraka. Tiada bahagia, tiada cinta, yang ada hanyalah sengsara. Lantas, dalam keadaan terdesak, Armin akhirnya berpaling kepada satu-satunya orang yang dia percayai sepenuh hati... Mikayla.
Namun, bantuan yang diminta bukan sekadar kecil-kecilan. Ia melibatkan syarat besar yang ditetapkan Puan Mina sendiri, syarat yang mampu mengubah persahabatan mereka selama ini, mungkin juga menukar segalanya menjadi cinta... atau kehancuran.
-
"Kalau aku ajak kau kahwin, kau okay tak?" - Armin Mikail
"Apa kau merepek ni? Kau sedar tak, kau tu suami orang kalau kau bukan suami orang pun takkanlah aku nak kahwin dengan kau. Agak agaklah!" - Mikayla Medina
-
"Abang janji dekat Mikayla akan sehidup semati dengan Mikayla, abang janji abang akan sentiasa bersama Mikayla. Abang janji abang tak akan tinggalkan Mikayla. Kotakan janji tu abang!" - Mikayla Medina
"Mikayla! Stop merayu dekat aku! Aku tak cintakan kau!" - Mikayla Medina
Start: 15 February 2020
End: 5 August 2020