sharifahaira
'Aniq Shauqeen'
Tertera nama seorang instafamous di kaca telefon Katrina Humaira. Kan dah cakap! Stalk Instgaram lelaki rupanya!
Siapa Aniq Shauqeen? Aniq Shauqeen ialah salah seorang finalis Hero Remaja. Katrina sudah meminatinya sejak dari awal Aniq Shauqeen bertanding di dalam Hero Remaja. Namun, Aniq Shauqeen bukanlah pemenang dan hanya mendapat tempat ketiga dalam Hero Remaja. Pemenangnya siapa? Ah, tak kisah. Hanya satu di hatinya, Aniq Shauqeen.
Namun, tiba-tiba sahaja hati Katrina Humaira berubah. Tak ada angin tak ada ribut dari peminat jadi haters. Kenapa agaknya?
"Unfollow! Hari ini aku mengisytiharkan diri aku sebagai haters kepada Aniq Shauqeen!"
Katrina bercakap dengan penuh gaya dan bangga dengan dirinya! Katrina terus berhenti follow Aniq Shauqeen. Geramnya dia dengan Aniq Shauqeen. Yes, it is true that Katrina like him because he is cute.