humairahfaudzi2212's Reading List
6 stories
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,080,884
  • WpVote
    Votes 36,750
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 499,745
  • WpVote
    Votes 17,176
  • WpPart
    Parts 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,559
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit by Violet_Rina
Violet_Rina
  • WpView
    Reads 427,035
  • WpVote
    Votes 15,904
  • WpPart
    Parts 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya menjaga dirinya pula tu? Apa dah jadi dengan dunia? Namun bahaya yang ada tak boleh di buat main! Maya hampir kena langgar. Ugutan bunuh setiap masa. Ada stalker? Siapa hacker? Sniper? Nyawa dalam bahaya, tapi pelangi juga tiba. Itulah kehidupan. "Mak! Apa mak buat dekat Maya? "- Faris Shahmi. "Kenapa? "-Maya Irdina. "Dah nampak macam bini orang dah, "-Faris Shahmi. "What?! "-Maya Irdina. "Takpe,Maya. Nampak macam bini saya. "-Faris Shahmi. 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 "Kau tak takut mati ker?" -Faris Shahmi. "Tolong..Tolong Faris.."-Maya Irdina. Tiktok acc- tiktok.com/@readingd Instagram acc- r3adwithme KARYA NI HANYA BOLEH DIDAPATI DI ACC INI. SEBARANG PLAGIAT BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN. INGAT UNDANG-UNDANG ADA YER AWAK Please do and follow me for any book reviews or recommendations 😃😃
Takdir Yang Tertulis by SisCat_
SisCat_
  • WpView
    Reads 34,305
  • WpVote
    Votes 586
  • WpPart
    Parts 38
Disebabkan dendam kisah silamnya, Dia sanggup menganiaya dan menghancurkan kebahagiaan rakannya tanpa berfikir hati dan perasaan rakannya itu. Mia Arissa Adriana, hidup gadis periang dan ceria tiba² bertukar menjadi pendiam dan suka menyendiri akibat peristiwa hitam yang menimpa dirinya. "Ibu, ayah, kak long.. Tolonglah percayakan mia.. Mia berani bersumpah yang mia tak buat benda tu.. Tolong lah percayaa.. Mia tak salah.. Ibu, ayah dan kak long ja keluarga yang mia ada sekarang.. Tolong lah percaya.!" raung Mia yang masih mengalirkan air matanya tanpa henti. Walaupun dirinya diuji dengan sebegitu, dia sangat bersyukur kerana masih ada insan yang mempercayai dirinya dan sentiasa ada memberinya semangat tatkala dia berada didalam kesedihan. "Dahlah mia, aku nak kau kuat mia, aku taknak kau sedih lagi, aku akan ada dengan kau anytime mia.aku janji." - Zulaikha Natasha. "Yes ! abang percaya.. Abang kenal isteri abang.. Mia takkan tipu abang kalau benda macam ni." - Fareez Adryan. Lepas satu dugaan yang menimpa dirinya, dirinya diuji lagi dan lagi. Walaupun dirinya sudah rasa mahu jatuh tersungkur menyembah bumi. Tiba² datang satu aura yang mengembalikan semangatnya kembali. "Walau berbagai dugaan yang melanda, aku tahu bahawa suatu hari nanti kebahagiaan tetap akan mendatang. Allah uji aku sebab dia sayangkan aku, kerana semua ini adalah takdir hidupku, takdir yang tertulis dalam kamus hidupku." - Mia Arissa Adriana.
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 841,331
  • WpVote
    Votes 25,761
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣