NOVEL : ✓ ON
27 stories
KAKA by Tryfirst612
Tryfirst612
  • WpView
    Reads 7,643
  • WpVote
    Votes 593
  • WpPart
    Parts 43
Kita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan dirinya. Benarlah kata ungkapan bahawa "dead men tell no tales" (orang yang sudah mati tidak boleh bercerita). Walaubagaimanapun pengalaman survivor yang melalui detik-detik antara hidup-mati nya juga tidak dipaparkan. Novel ini mengisahkan pengalaman seorang survival yang melalui detik-detik tersebut. Juga tentang kehidupan: Kekeluargaan, cinta-benci, kesakitan-ubat, erti persahabatan, mempertahankan diri, pseudo sains & matematik (pseudo bermaksud palsu), kewangan, takdir & banyak lagi. Penghargaan penulis kepada : KAKA, Farah, Lisa_m97, KakJelita, Dia dan Steve Jobs yang hidup di kalangan kita. Dan tanpa kepakaran mereka ini, mustahil novel ini dapat dihasilkan : • Dr Sal • Dr Suri, Dr Fatin, Dr Jannah & bare face beauty (kecantikan tanpa atau sedikit lapisan makeup) but garang sikit Dr Yana ....... Jutaan terima kasih kerana tidak berhenti membantu. Dan Sejenis ubat (drug) bernama Gaba Sejenis minuman (keras) bernama Vodka & Sejenis penyakit bernama Cervical Spondylosis. Mengikuti hingga ke akhir bahagian cerita adalah satu penghormatan pembaca kepada penulis. Thanking you readers in advance. Awak ada bahu saya setiap kali awak hendak menangis. Nota Pengarang : 1) Cerita ini hanya rekaan/fiksyen untuk hiburan membaca. Sebahagian watak & peristiwa mungkin benar dan diperbesarkan bertujuan untuk memberi impak kepada jalan cerita. 2) Ada beberapa "adengan dewasa" di dalam penceritaan, sesuatu yang juga ada dalam kehidupan kita. Anggaplah seperti menonton filem yang tidak bertapis. 3) Novel ini hanya sesuai untuk pembaca matang (matured readers). 4) Novel ini ditulis secara suka-suka untuk memenuhi masa yang terluang. Penulis belum pernah menulis novel.
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 208,716
  • WpVote
    Votes 13,816
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Hikayat Mawar Berduri by Lousylouss
Lousylouss
  • WpView
    Reads 11,929
  • WpVote
    Votes 904
  • WpPart
    Parts 114
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum dan ceria. Dia bekerja sebagai pengawal utama Raja Pasha. Darma sukma yang dahulunya rakyat biasa, tiba-tiba dijemput ke istana dan disahkan sebagai putera raja tunggal yang hilang 25 tahun lalu. Apakah muslihat disebalik semua peristiwa ini? Pertemuan Darma dan Arjuna yang tidak dirancang sama sekali, menjadikan mereka akrab dan menempuhi pengembaraan bagi menemui jawapan di sebalik kehilangan putera tunggal itu 25 tahun lalu. Adakah Mawar turut ada kaitan dengan mereka? Jangan lupa sokong dan vote cerita rakyat saya😍 Thanks semua..
Mrs. Dani Rafael : Attention  by rfhasya
rfhasya
  • WpView
    Reads 335
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 3
MRS. DANI RAFAEL : ATTENTION "Kalau dulu saya kejar awak, sekarang awaklah pula kejar saya. Kalau dulu saya selalu tagih perhatian awak... sekarang awaklah pula tagih perhatian saya..." ______________________________________________ Muhammad Dani Rafael | Nur Syafiqa Maisara ______________________________________________ Perkahwinan yang dipaksa membuatkan Dani terpaksa menerima gadis lenge yang polos dan minta penampar. Mereka terpaksa untuk bersama kerana keluarga. Mereka terpaksa. Mereka tak mahu tapi terpaksa. Syafiqa walaupun selenge itu tidaklah terfikir dek akal paling dalamnya untuk berkahwin dengan lelaki sendingin ais frozen itu. Namun, itu rancangan keluarga mereka. Jadi mereka terpaksa terima. Terpaksa. "Saya benci awak, Encik Muhammad Dani Rafael!" "Tak apa, aku cintakan kau." Gila! ______________________________________________ CLICHE YA AMAT! JANGAN BACA! 2021© roseslilytulip
Doaku Untukmu Sayang by mrssakeena
mrssakeena
  • WpView
    Reads 17,774
  • WpVote
    Votes 5,511
  • WpPart
    Parts 57
~ Your happiness is my happiness, Bunga.~ Cinta, Naz Hans percayakan cinta. Namun dia tahu, mencintai juga tidak semestinya harus memiliki. Bagi dia, biarlah dia memendam rasa kasih, sayang, cinta terhadap gadis yang dicintai daripada gadis itu terus-menerus sakit kerananya. Dia tidak layak untuk mencapai kebahagiaan bersama Qaireen kerana Hans tahu, satu hari nanti pasti dia terpaksa meninggalkan gadis itu bersama insan yang lebih menyayanginya nanti. " Aku sayangkan kau dunia akhirat, Bunga." - Naz Hans. " Sayang? Ini yang kau panggil sayang? I'm hurt so much, Hans." - Puteri Qaireen Nisrina. Puteri Qaireen Nisrina mencintai Hans, namun dia tidak berani ingin meluahkan kerana dia tahu, lelaki itu tidak menganggap dia lebih daripada seorang kawan baik sejak dari kecil lagi. Mana mungkin Hans mencintai dirinya seperti mana dia mencintai lelaki itu. Pertemuan dia bersama Tengku Qarizh Arsyad menimbulkan perasaan yang tidak enak dalam hatinya. " Yahh!!! Buta ke apa? Habis kotor baju aku lah, gila!" - Puteri Qaireen Nisrina. " Oops, sorry mak cik. Tapi aku rasa ini bukan salah aku, kan? Dah kau tu yang buta tak nampak!" -Tengku Qarizh Arsyad. Pertemuan demi pertemuan, akhirnya menjerat perasaan di hati masing-masing. Qaireen buntu. Siapakah yang layak bersamanya? " Tuhan, aku sayangkan dia. Tapi jika inilah takdir aku dan dia, aku redha. Biarlah dia bahagia bersama orang yang selayaknya dengan dia." - Naz Hans. " Aku cintakan dia. Tetapi dalam masa yang sama, hati dan perasaan aku mulai berubah dengan mencintai orang yang mencintai aku. Adakah aku patut berhenti mencintai orang yang tak mencintai aku?" - Qaireen Nisrina. " Kalau itu lah yang engkau pilih, kebahagiaan yang kau cari, aku sanggup berundur demi kebahagiaan orang yang aku cintai." - Qarizh Arsyad. Apakah masalah besar yang Hans perlu hadapi? Siapakah pilihan terbaik buat Qaireen? Biarlah langit yang memutuskan~ cover by Dreamy_Sakura.❤️
To Do List Ke Hati Awak by AishaaDina
AishaaDina
  • WpView
    Reads 1,139
  • WpVote
    Votes 306
  • WpPart
    Parts 11
Karya kedua by MissRose___ Hariz Haiqal merupakan seorang mahasiswa yang dikenali ramai disebabkan oleh wajahnya yang mempersonakan. Sebut saja nama Hariz bergema satu universiti dengan jeritan nyaring para gadis. Senang cerita memang digilai ramai bukan sahaja kaum perempuan malah yang tak berapa perempuan pun meminatinya. Kalau dah ramai yang minat, mestilah perangai buaya terserlah. Bukan saja keliling pinggang malah keliling universiti dilayannya. Tetapi, seorang gadis pun tak pernah dianggap lebih dari seorang kawan. Syafira Imani, seorang doktor gigi yang manis dan ayu. Namun di sebalik keayuannya itu, terselit sifat garangnya yang membuatkan ramai lelaki gerun untuk mendekatinya. Pertemuan antara Hariz dan Syafira membuatkan Hariz gila bayang. "Adik? Air adik dah siap tu."-Hariz "Apa adik-adik? Awak ingat saya adik-adik yang dekat tepi lorong gelap tu ke? Panggil orang abang tapi diri sendiri berhalkum? Macam tu? Umur saya dah 26 tahun. Jangan nak pandang rendah dekat orang yang rendah, eh?"-Syafira Bila hati sudah terpikat bermacam cara sanggup dilakukan demi memikat hati si gadis. Bak kata orang, lautan berapi sanggup kurenangi. Begitulah tekadnya Hariz ingin memikat hati Syafira. Dapatkah Hariz memikat hati 'si tulang rusuk kirinya' itu? Bagaimana caranya? Start:18 Januari 2021 End:? Cover yang cun by @ierysaurora
Playboy Squad: The Undercover by Nurinnalphaa
Nurinnalphaa
  • WpView
    Reads 8,789
  • WpVote
    Votes 1,147
  • WpPart
    Parts 12
Mereka bukan playboy, tetapi 4 jejaka ini harus menyamar sebagai playboy untuk melaksanakan misi rahsia atau 'undercover' mereka. Oleh itu squad mereka digelar 'The Playboy Squad'. Ezayrill Adrian, seorang penyiasat persendirian (nama samaran : Jalal) Idlan Hyqal, seorang hacker (nama samaran : Kismat) Rayyan Hafidz, seorang pakar information tracker; skodeng rahsia-rahsia sulit (nama samaran : Daud) Faezal Qadry, seorang pakar tekno ala-ala Inspector Gadget (nama samaran : Zakri) "Kenapa nama samaran tak glamor langsung? Kata playboy?" -Playboy Squad "Bukan nama yang menentukan, tapi attitude korang yang kena glamor. Understood?" -KelapaMuda "Boleh bayanglah kenapa nama samaran kita noob, nama samaran leader pun Kelapa Muda..." -Jalal "Ehem, aku dengar tau! Salah satu skill yang korang kena belajar ialah, mengumpat mesti belakang-belakang okey, bukan depan-depan." -KelapaMuda 4 kepakaran yang berbeza, namun memiliki minat dan bakat yang sama iaitu BERLAKON dan AKSI LASAK. Walaupun begitu, di sebalik segala kepintaran dan kelebihan mereka, keempat-empat jejaka ini adalah golongan yang tidak pandai atau gagal dalam perkara CINTA. Berjayakah mereka menyempurnakan misi sebagai PLAYBOY? Misi macam apakah yang memerlukan penyamaran sebagai playboy? Nak tahu? Tekanlah button read tu... Main genre : Action, Thriller, Investigation, Comedy, Romance, Friendship Start : 05/12/20 End : Cover by @pacelolies
Mafia Salah Landing by Nurinnalphaa
Nurinnalphaa
  • WpView
    Reads 68,411
  • WpVote
    Votes 7,131
  • WpPart
    Parts 33
"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexander Raffael Moore yang berhati kental, tak ada perasaan, kejam dan 'badass'. Dalam hidup Raffael yang penuh dengan keganasan dan pertumpahan darah, Raff hanya dilatih untuk hidup dengan prinsip "Do or die". Suatu hari sebuah kemalangan yang tidak diduga menimpa Raff dan hampir meragut nyawanya. Namun Raff bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh seorang lelaki tua penghidap dementia yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil lalu dibawa untuk tinggal bersama keluarganya sebagai anaknya yang telah lama hilang. Surprisingly, majoriti ahli keluarga Orang Tua Simon dan juga penduduk kampungnya adalah terdiri daripada PEREMPUAN! Namun begitu, perempuan di sini jauh sekali berbeza dengan perempuan dalam tanggapan Raff - mereka perempuan yang 'tough' dan berdikari. Dalam kalangan perempuan di situ, Evanessa Martin, paling menyerlah keunikannya kerana di sebalik wajahnya yang manis dan rambut yang panjang keayuan, namun tidak sedikitpun dapat menyembunyikan sifat kelelakiannya dengan kekuatan fizikal dan sikap ganasnya yang mengejutkan. Malahan dia juga adalah seorang pelajar universiti jurusan undang-undang yang bercita-cita untuk menjadi seorang prosecutor! Adakah kehadiran perempuan-perempuan dalam hidup barunya itu mampu mengubah persepsi stereotaip Raffael? Mampukah identitinya sebagai seorang mafia terus dirahsiakan daripada keluarga Martin? Apakah pula akan terjadi kepada keluarga Mafia Moore setelah kehilangan pewaris tunggal mereka? Adakah Raffael akan kembali? Dan siapakah mastermind di sebalik segala peristiwa yang berlaku? Main genre : Romance, Action, Thriller, Comedy (Dark Comedy) Start : 23/09/20 End :
BAD[AR] by ainqalbi
ainqalbi
  • WpView
    Reads 13,620
  • WpVote
    Votes 2,490
  • WpPart
    Parts 28
BAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah peraturan dalam kamus hidupnya. Disiplin? Pergi mampus. Baginya peraturan dicipta untuk dilanggar bukan untuk dipatuhi. BADRUL AMIN, pengawas dan hero pujaan sekolah. Namun dia bukan seperti cerita pengawas lain. Dalam banyak-banyak orang dia memilih untuk berkawan dengan Qowiy. "Cepatlah weh. Kita tak solat zohor lagi ni." -BAD "Aku bukannya tak nak ikut kau pergi solat, Bad. Kalau diberi pilihan, aku nak ikut sangat-sangat. Cuma itulah, aku tengah cuti sekarang." -QOWIY "Bongoknya sahabat! Qowiy... kau tu lelaki! Lelaki mana ada cuti solat! -BAD Pertemuan semula dengan AISYATUL RIHANNA, kawan lama di depan surau sekolah menimbulkan rasa tak senang dalam hati Qowiy. Lebih-lebih lagi apabila gadis itu kini muncul dengan imej bertudung labuh. "Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?" -QOWIY "Win-win situation. Kau pun dah buat benda yang sama dekat aku tadi." -AISY Keadaan semakin gawat apabila mereka berdua terpaksa bekerjasama dalam satu organisasi. "Aku nak kita bincang pasal BADAR." -AISY "Kenapa aku kena ikut cakap kau pula? Sekarang aku ketua... atau kau yang ketua?" -QOWIY Bagi Qowiy, Aisy ialah masa lalu yang langsung tak ingin dikenang. Berbeza halnya dengan Badrul yang menganggap Aisy umpama sinar harapan untuk sahabatnya berubah ke pangkal jalan. Namun angan-angan itu musnah apabila dendam Iffat menjadi penghalang. Sampai satu masa, sisi gelap Qowiy terbongkar. Masihkah ada Badrul untuk mendukung hijrah kawannya? Apa rahsia Qowiy sebenarnya? "Bertahan selagi bertuhan. Ujian hadir tanda Tuhan itu wujud." ©AinQalbi2021 cover by: @nrullfatini 😊 Start: 3 Jan 2021 End: tak tahu tak tahu
CINTA MAWADDAH UNTUK ZEEL AISYA (HIATUS) by irulll__
irulll__
  • WpView
    Reads 539
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 11
Cover by: @_lunastella Credit to: @_lunastella ___ Zeel Aisya, Seorang gadis yang telah melalui pelbagai cabaran hidup dan rintangan yang berliku. Namun dia masih tabah melalui segala dugaan. Mungkin ini suratan takdir baginya. Dia sememangnya berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang walaupun dia tahu dia seorang perempuan. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk dia terus berusaha mengejar impiannya. Di tambah lagi dengan keluarganya yang susah dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Dia terpaksa melakukan apa sahaja untuk menyara keluarga kecilnya itu. Muncul pula seorang lelaki yang bernama Faiq Haikal yang agak mencurigakan... Adakah lelaki itu cinta sejatinya? ___ Start:23 December 2020 End: Genre: Romance ©Story by Irul No plagiarism🚫