Yminsuhana99's Reading List
69 stories
Takhta Mayaloka by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 535
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 5
Terbitan K-Lit - Karangkraf @ PBAKL 2024 Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut - sebuah permainan AR yang menghubungkan dunia maya dengan dunia sebenar. Masing-masing giat bertanding sesama sendiri demi mendapatkan ranking tertinggi, kecuali Ashraf Anwar. Selaku seorang pemain e-Sports, bagi Ashraf dunia AR yang terlalu sempuar itu amat mencurigakan. Lebih-lebih lagi, apabila muncul satu artikel tentang kematian pelajar yang menimbulkan keresahan ramai. Pihak yang bertanggungjawab pantas bertindak memadam artikel tersebut, memberi jaminan bahawa permainan AR mereka masih selamat. Tidak mahu nyawa menjadi galang ganti untuk keseronokan duniawi, Ashraf memulakan siasatan. Mencari cela dalam dunia maya yang dikhabarkan sempurna. #augmentedreality #artificialintelligence #remaja #student #gamer #university #malaysia
Rahsia Paling Rahsia by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 564
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
Buku ketiga dalam genre K-LIT oleh Karangkraf, karya Bahruddin Bekri. SINOPSIS: Hidup Amir yang selalu disebut sebagai Pewaris Kekayaan selalu sederhana. Pekerjaannya sederhana, seleranya sederhana, namun ada rahsia yang tidak sederhana menanti untuk mengubah kehidupannya. Dalam keadaan ragu pada sejarah hidup sendiri, Amir dipaksa menyelongkar memori bersama ayahnya. Dari situ, dia belajar rahsia yang selama ini "diserahkan" kepadanya tanpa sedar.
Bangkit by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 190
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 5
Setelah dipecat daripada jawatan pengurus projek, Izzat pulang ke kampung dan menjadi pekebun pisang. Namun begitu, kisah lalu tidak berhenti menghantuinya. Safa, setiausaha Datuk Kamal dan sahabatnya, Yusnizal datang mencari ke kampung. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Seorang ingin mengungkap kebenaran dan seorang mahu mengambus segala kebatilan. Lari daripada politik pejabat yang memualkan, Izzat tetap tidak menemui ketenangan yang dicari. Politik kebun pisang juga kejam dan sama menyakitkan sehingga menyebabkan Izzat sedar dia perlu bangkit untuk melawan!
Jane & Cassandra by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 139
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 8
Leila seorang hoarder cleaner. Ketika dia berusia sepuluh tahun, dia sudah menyaksikan kedurjanaan hati manusia dewasa di sekelilingnya. Jadi, apalah sangat kerjayanya mencuci najis dan kekotoran orang lain. Kebahagiaannya hanya satu; menjadi pelindung kepada satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal selepas tragedi yang menimpa mereka. Menjadi Jane kepada seorang Cassandra. Dia tidak perlukan pujuk rayu Asmawi mahupun lamaran tidak bererti daripada rakan karibnya, Nik. Dia tidak perlukan kebahagiaan sebegitu. Sehinggalah Hadi muncul dalam hidupnya. Lelaki yang senyumannya boleh mencairkan mentega, tetapi menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati. Bagi Jannah pula, semua pengorbanannya adalah demi satu janji kepada abi yang harus dikotakan. Hidup matinya adalah untuk memastikan janji itu tidak akan dimungkiri. Namun, apabila insan daripada masa lalunya muncul mengancam keselamatan Leila, Jannah sedar bahawa banyak yang dia tidak tahu tentang adik sendiri.
Bara Sang Pengarang by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 116
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 8
Apabila terlalu cuak, marah atau dikuasai emosi kuat, Bayu Biruni akan terbakar. Disebabkan itu, dia mengasingkan diri daripada masyarakat dan memilih menjadi novelis yang suam-suam kuku. Namun, segalanya berubah apabila penulis legenda, S. Rajawali, meninggalkan wasiat yang menggegarkan industri penerbitan. Bayu diamanahkan untuk menyambung siri ceritanya. Dalam wasiat itu juga dinyatakan, mana-mana penerbit yang berjaya menandatangani kontrak bersama Bayu, akan mendapat semua hak cipta karya Rajawali, khazanah penerbitan yang sentiasa menjadi rebutan. Lalu Bayu diburu oleh sekalian penerbit di Malaysia. Waja, anak Rajawali sendiri tidak berpuas hati. Kewujudan sekumpulan insan misteri pula menimbulkan tanda tanya. Hidup Bayu yang dulu tenang, kini haru-biru. Perlukah bara legasi ini dinyalakan?
Aithusa by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 89
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 8
Kita perintis, bukan pelapis. Jika hanya yang kaya dijulang, apa gunanya bakat tanpa peluang? Jika hanya yang berpangkat diangkat, di mana tempat untuk mereka yang berbakat? Di Lance, kejayaan bukan milik mereka yang berbakat, tetapi yang punya wang, kabel dan pangkat. Amalia, pelajar cemerlang harapan keluarga, kini sekadar penyumbang angka statistik pengangguran negara. Sistem ciptaannya dicuri. Namanya dicemari. Masa depannya hancur sebelum sempat dia melangkah ke industri IT. Dengan identiti Aithusa, dia menyelam ke laman web gelap dan menghubungi Dragonlord - penggodam paling diburu, ketua Knights of The Round Table. Jika dunia membencinya, dia akan pastikan dunia tergila-gilakan sistemnya. Namun, benarkah Aithusa perintis yang membuka jalan, atau sekadar pengikut yang tidak memberikan kesan?
Contengan Jalanan by hlovatehood
hlovatehood
  • WpView
    Reads 21,263
  • WpVote
    Votes 1,286
  • WpPart
    Parts 46
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Published May 2011, ISBN139789675118531 Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/11194664-contengan-jalanan
The Unsung Hero - Wira Yang Tak Didendang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,117
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: The Unsung Hero Wira Yang Tak Didendang Penulis: Melur Jelita Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-80-2 Harga: RM38 (Semenanjung) // RM41(Sabah & Sarawak) Kissing cousin? Huh?! Bagi Deraman tak berdosa. Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Sombong menonggek! Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda. Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… Maryam : “Hutang boleh?” Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.” “Apa bunganya?” “Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.” ****** Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.” Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”