Fiefieeee's Reading List
20 stories
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓��𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 779,717
  • WpVote
    Votes 21,868
  • WpPart
    Parts 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021
Separuh Nafas *Pre Order Sehingga 30/10/22* by syaz_sufiy
syaz_sufiy
  • WpView
    Reads 32,783
  • WpVote
    Votes 621
  • WpPart
    Parts 20
Terbit! Pre order dari 1/10/2022 sehingga 30/10/22 Link untuk pembelian di message board atau di instagram syaz_sufiy! Blurb EMIR IZZ Hanya kerana pengkhianatan oleh si kekasih hati yang memilih si abang dan kedudukan dia dan uminya di dalam keluarga itu tidak dipandang', Emir tidak lagi percaya dengan kejujuran dan kesetiaan. Baginya tiada manusia yang mampu untuk mempunyai kedua-duanya sekali. Memilih jalan untuk hidup sendiri, dia menjadi seorang guitarist kumpulan busker di tepi jalan. Di situ, takdir hidupnya menemukan dia dengan Nawal Irish yang berusaha untuk menarik perhatiannya dan mengubah persepsinya. Gadis sesat yang sangat misteri! "Awak tak percaya yang saya ini seorang yang boleh buat dua perkara di dalam satu masa? Saya boleh jadi seorang yang sangat jujur dan sangat setia!" - Nawal Irish "Jaga hati aku." - Emir Izz NAWAL IRISH Mempercayai rasa cinta sejak di umur yang sangat muda dan naif, rupa-rupanya dia hanyalah dijadikan mangsa seorang lelaki yang abusive dan diktator! Gangguan seksual yang diterimanya mendera emosi dan fizikalnya selama bertahun-tahun membuatkan Nawal Irish nekad melarikan diri! Pertemuan dengan abang guitarist effortless handsome membuatkan Nawal bersemangat mempercayai yang cinta itu wujud! Emir Izz adalah hero sebenarnya! Namun dek kerana rahsia hidupnya, perjalanan Nawal dan Emir agak sukar dan sentiasa diuji. "Jangan muncul di depan aku lagi. Kalau kau berani muncul, aku sumpah hidup kau tak akan pernah bahagia lagi." - Emir Izz "Dalam cerita kita, sayalah perempuan perampas itu." - Nawal Irish
Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD) by Bungakhayalan
Bungakhayalan
  • WpView
    Reads 520,413
  • WpVote
    Votes 13,250
  • WpPart
    Parts 76
[ON HOLD] [NO UPDATE] Dek kerana takutkan rahsianya membuntingkan anak gadis orang terbongkar, Adam Zaffri nekad meninggalkan bumi United Kingdom dan kembali ke tanah air.Pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari bibir ahli keluarga yang terkejut dengan kepulangannya tiba-tiba itu hanya dijawab dengan penipuan. Asalkan rahsianya kemas dalam jagaannya. Tak makan setahun Adam Zaffri menetap di Malaysia, dia hampir sahaja membuatkan mamanya diserang penyakit jantung! Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak kahwin! "Dengan siapa Zaff nak kahwin? Anak siapa? Kerja apa? Apa kelulusan dia?" Datin Husna. "Dia bukan sesiapa. Hanya seorang Azura Darleena." Apalagi yang ibunya harus lakukan? A kata Adam Zaffri, A lah kata kita! Tak ada majlis resepsi, tak ada jemputan sahabat-sahabat rapat, hanya majlis nikah dan doa selamat yang dimahukan Adam Zaffri! Datin Husna semakin pening! "Kenapa kau balik? Sudi ke kau nak pijak rumah buruk ni sejak kau berlakikan orang kaya? Kau nak jumpa siapa? Mak kau? Mak kau takde dekat sini, kau pergilah kubur dia, mintak ampun, mintak maaf sebab kaulah penyebab dia mati.Dasar anak tak kenang budi,kahwin tak bagitahu,kau balik ni pun sebab mak kau dah meninggal.Inilah manusia, sudah tiada baru nak hargai!" Pak Hamidi. "Kesian kau.Sanggup tebalkan muka untuk jadi isteri abang aku semata-mata nak tolong ibu kau.Tapi apa kau dapat? Niat kau yang suci murni tu akhirnya makan diri kau,Azura.Kau bersedialah untuk ditalak satu oleh Adam Zaffri." Aryana. "Wow! Hebat betul suami you! Larikan diri macam pengecut lepas i bagitahu dia yang i hamilkan anak dia? Tahu-tahu you yang jadi bini dia.I tak kisah jadi madu you, and i lagi tak kisah kalau dia ceraikan you." Suzy. #1 trending 6/11-10/11 #1 trending 24/11-26/11
TUAN JEFRI by AisyRihana
AisyRihana
  • WpView
    Reads 331,467
  • WpVote
    Votes 10,966
  • WpPart
    Parts 61
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta tolong dengan bosnya, Tuan Jefri yang hati batu itu supaya menyamar sebagai teman lelakinya. Rancangannya berjaya bila Tuan Jefri bersetuju. Namun lain yang jadinya. Ada rahsia yang disimpan oleh Tuan Jefri. 8/1/2019 - #1 short story 9/1/2019 - #1 short story DI LARANG COPY PASTE ATAU MENIRU SETIAP BAB DALAM CERITA INI.
Sandaran Cinta Duda by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 1,180,795
  • WpVote
    Votes 36,196
  • WpPart
    Parts 74
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga buat kali kedua dengan cucu bapa angkatnya, Dato' Khalid. Bagi Nur Humaira Madihah pula,pada umur 21 tahun, dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Namun kerana wasiat arwah sepupunya dia sanggup menerima kehadiran Putra dan Hayden dalam hidupnya. Kasihnya terhadap anak tirinya tidak berbelah bahagi malah dia menjaga Hayden seperti anaknya sendiri. Dalam meniti bahagia, ada rahsia yang disembunyikan. Dan rahsia itu akhinrya dibongkarkan oleh musuh Putra sendiri. Rahsia yang membawa kepada kemusnahan hidup seorang wanita. Pembunuh kebahagiaan orang. Ranking 11 - #gila (21 Sept 21) Ranking 10 - #gila (28 Sept 21) Ranking 9 - #jealous (04 Okt 21) Ranking 22 - #psiko (06 Okt 21) Ranking 23 - #hot (06 Okt 21) Ranking 4 - #psiko (09 Okt 21) Start : 20 Ogos 20 End : 03 November 21 Status : COMPLETED!
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ] by hallowace
hallowace
  • WpView
    Reads 953,819
  • WpVote
    Votes 12,370
  • WpPart
    Parts 48
AMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗
[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT) by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 138,569
  • WpVote
    Votes 1,433
  • WpPart
    Parts 15
TERBITAN DARIPADA FAJAR PAKEER [DISEMBER 2023] Cacat? Lumpuh? Lemah? Luth memandang dirinya di hadapan cermin. Bullshit! This is bullshit! Terasa jijik melihat dirinya di atas kerusi roda dengan kaki yang diam terkaku tidak berfungsi. Dulu yang gagah perkasa sekarang hanya terduduk diam dengan harapan yang semakin menghilang. Apakah tuhan ni kejam padanya? Apa yang tuhan mahu tunjukkan pada dia? Apa hikmah disebalik benda yang berlaku ni? Hai you. You tak rindukan I ke? Luth memegang sisi kepalanya. Dia berkerut. Air mata ditahan. Sakit dengan bisikan-bisikan orang yang dia sayang dan percaya sangat tapi akhirnya macam sampah dibuat. Bekas isteri yang tak berguna. Meninggalkan saat dia dalam kesusahan. Hanya memandang darjat dan harta bukan hati dan raga. Tak guna punya, Suriana Natasya. Kau tahu kan kau ada aku? Izzati? Uncle dan aunty? Ijat tenang memandang kawan baiknya. Ya, dia lah kawan dunia akhiratnya. Susah senang bersama. Ketawa bersama. Menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama namun- ops sorry. Ternyanyi pulak. Mama papa? Mereka dah bencikan dia. Mereka dah tak mahu pandang mukanya hanya disebabkan sebuah kesilapan bodoh yang baru dia sedarinya sekarang. Tapi semua yang berlaku mesti ada sebab, tuan. Hanan melangkah dekat. Luth memerhati Hanan lama. Entah macam mana gadis ni boleh muncul dalam hidupnya. Dalam hatinya. Kehadiran wanita ini mengundang ketenangan yang dah lama dia tak rasa. Cinta dan nyawa. Hanan Sofea yang pegang untuknya. Makes him become the real Tengku Luth Hanafi Rafael back. Sebab apa lagi? Tak cukup ke apa yang terjadi pada aku? Balas Luth dingin. Kita tak dicipta hanya untuk bersuka ria di dunia. You know that. And what should I do now? Just believe. Believe in what? Just believe in Allah. He knows everything. Start: 23 jan 2020 End: 10 Aug 2021 #1 HIGHEST RANK 🏆 IN CINTA #2 HIGHEST RANK 🏆 IN HIJRAH
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] by shafiqhafizi4_
shafiqhafizi4_
  • WpView
    Reads 267,203
  • WpVote
    Votes 11,774
  • WpPart
    Parts 51
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama dengan lelaki itu membuatkan Nur Fatimah Maisarah terpaksa menanggung derita berbanding bahagia. Pernikahan tanpa cinta itu benar benar menjerat dirinya. Haykarl Ashraff juga sudah mengakui bahawa Nur Fatimah Maisarah bukanlah gadis yang mendapat tempat di dalam hatinya. Malah ada perempuan lain yang sudahpun bertakhta didalam hati. "Ya Allah, Jika benarlah dia yang kau ciptakan untukku, maka aku akan terus tabah mengharungi getir kehidupan ini. Aku akan terus menanti rasa cinta daripada dia untukku. Berilah aku kesabaran yang tinggi kerna aku adalah selemah lemah insan, Ya Allah" - Nur Fatimah Maisarah. Disebabkan satu kejadian yang telah menimpa mereka berdua, Nur Fatimah Maisarah pergi membawa diri. Hatinya terus membeku. Kata sayang dan cinta dari lelaki itu sudah tiada makna baginya. "Sayang, Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat sangat atas segala kesalahan yang abang pernah buat pada sayang. Percayalah sayang, abang sayang dan cintakan sayang sangat sangat. Saat pertama kali kita berjumpa, saat itu lah sayang sudahpun ada dalam hati abang. Tapi abang ego. Abang nafikan apa yang abang rasa terhadap sayang. Tapi, sekarang baru abang sedar yang sebenarnya abang dah lama cintakan sayang" - Haykarl Ashraff. Hati Nur Fatimah Maisarah terus membeku. Rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu sudahpun mati. Kau Hidupkanlah Rasa Ini! "Kalau ada anugerah pelakon terbaik, saya rasa awak layak untuk dapat anugerah tu. Mungkin dulu saya terpedaya dengan lakonan awak. Tapi sekarang, tidak lagi!" - Nur Fatimah Maisarah. Apakah kesudahan kisah mereka? Masihkah ada harapan untuk bahagia? Ataupun derita yang kekal menjadi teman setia? Beautiful Cover by @imhazel_al Start : 20 JUN 2021 End : 19 SEPTEMBER 2021
The Endlessly✔️ by eyein_
eyein_
  • WpView
    Reads 54,929
  • WpVote
    Votes 2,840
  • WpPart
    Parts 34
i forget just why i let you come in. ••• mempersembahkan- Mereka berdua bagaikan dakwat dan kertas. Mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Kalau salah seorang menjauh, mulalah ada yang tak senang duduk! Namun salah seorang dari mereka menyimpan perasaan sayang. Bukan sayang sebagai teman. Hari demi hari, perasaan itu mekar buat temannya. "Sayang aku tak?" -Nazhan- "Sayang!" -Tania. Hidup mereka bahagia. Senyuman mereka saling menyempurna. Sehingga saatnya itu tiba. Nazhan tiba - tiba menjauhkan diri dari Tania. Belum sempat Tania meluah perasaan, Nazhan terlebih dahulu memilih untuk pergi dan- hubungan sebagai teman mereka musnah. Hancur kerana Nazhan. "Jangan kacau hidup aku lagi, faham tak!" -Nazhan. "Baik! Tapi nanti kalau kau hadir dalam hidup aku, aku tak nak tengok dah muka kau!" -Tania. Mereka terus menjauh. Dua hati mula terasa sakitnya. Di saat Tania mula nampak sinar hidupnya, Nazhan kembali dengan janjinya. Dia kembali mahu menjaga temannya itu. "Tania, bagi aku satu peluang je untuk bahagiakan kau." "Berambus!" dan awan menurunkan air matanya. bayu meniupkan kesayuannya. matahari menyembunyikan dirinya. dan hikayat aku menghantui sesiapa yang membacanya. ••• magic is messy, so are the one who believes in it.