healer
8 stories
(TERBIT) ORKED THORNS  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 1,790,126
  • WpVote
    Votes 36,558
  • WpPart
    Parts 40
Regular price : RM28 RUJUK LINK INSTAGRAM UNTUK PEMBELIAN EBOOK UNTUK BACAAN MATANG (21+) EBOOK | PDF
Takdir Terindahku √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 366,714
  • WpVote
    Votes 19,068
  • WpPart
    Parts 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa sengaja. Saya taknak jadi hamba yang berdosa kepada Maha Pencipta. Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya?" Tanpa dasar cinta, aku menerima Sa'id Hafiz Murtaza kerana tidak mahu jejaka itu terus terikat dengan dosa. "Akak bertuah kerana menjadi isteri abang Hafiz. Dia tersangat istimewa" Aku hanya tersenyum manis. Aku mengaku bahawa suamiku tersangatlah istimewa. Tahap kecintaannya kepada Maha Pencipta tersangat luar biasa. Susah untuk mencari seorang lelaki yang terlalu jauh dari fitnah dunia kerana terlalu dalam mencintai agama. "Ada orang nakkan Aisya. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membunuh" Apa yang masuk ke dalam telinga aku bagaikan petir yang memanah tepat pada tubuh. "Kita kena korbankan Aisya" Aku hanya setuju. Akan tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit ketakutan dan bahaya? Mampukah aku untuk terus mempertahankan perkahwinan ini? Jika aku tewas, apa akan terjadi kepada aku? Kepada Hafiz? Ini bukan kisah cinta semata-mata, ini kisah pengorbanan dan kepercayaan. Ini... kisah aku. Dia seperti ais. Dingin dan keras seperti batu, tetapi sejuk dan menyamankan.
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,016,841
  • WpVote
    Votes 44,305
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
BAD HABIT by MacaronHime
MacaronHime
  • WpView
    Reads 224,411
  • WpVote
    Votes 6,054
  • WpPart
    Parts 43
Kau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je, takkan tu pun kau tak boleh balas? Hah! " BAD HABIT : A patterned behavior regarded as detrimental to one's physical or mental health, which is often linked to a lack of self-control. -medical dictionary- Dengan suara yang masih bergetar, air mata yang sudah berkali aku seka, " Ma-manakan aku mampu? Semua ni dah langgar hukum Allah Kiel!" Meronta. Hati aku meronta. Sumpah bibir aku mahu mengeluarkan tiga kata. Demi Allah, aku masih sayangkan kau... HARYL ZAKIEL , Dia takkan pernah berubah. Islam hanya atas sijil lahirnya. Namun segalanya berubah sejak aku hadir dalam kamus hidupnya. Dia tidak pernah menyentuh sejadah, kini sejadah menjadi penentu arah. Dia tidak pernah mengenali Al-Quran, kini Al-Quran menjadi peneman. Mampukah aku memimpin Zakiel ke arah kebenaran? Atau kaki ku bakal tersungkur ditengah jalan? Ampunkan aku, Ya Rahman. " Astaghfirullahalazim! Apa kamu berdua buat nih?!" Satu suara, ranap segalanya. - Projek Nov - - Pemenang Exander Award kategori elektif bagi genre Teen Fiction - - Protagonis terbaik, The Ice Award 2019 -
[HHC] Hari-Hari Cinta by bangpeng
bangpeng
  • WpView
    Reads 2,014,544
  • WpVote
    Votes 69,504
  • WpPart
    Parts 51
Kalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang kita tak boleh jangka?" -Nur Hafiya Balqis- "I will miss you." -Aiman Rifqi- "Tolong saya, Aiman." -Farah Liyana- "Kau akan nampak cantik bila kau tersenyum." -Haziq Haikal- BEST RANK ✔ #rank - 10 in romance (7/07/17) #rank- 5 in romance (20/07/17)
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,558,928
  • WpVote
    Votes 340,940
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
My Crazy Boss ✅ by author_mikorin
author_mikorin
  • WpView
    Reads 865,969
  • WpVote
    Votes 34,455
  • WpPart
    Parts 57
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan PA. Macam-macam berlaku sampailah satu tahap Irwina buat kenyataan: "Mula dari hari ini, the only relationship between us is just a boss and his worker!" - Irwina. "Fine." - Afif Tapi bukan itu sahaja. Kisah mereka tidak berhenti di situ. Semuanya ada di dalam MY CRAZY BOSS. Start : 26/6/2018 End: 17/6/2019 :COMPLETED:
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,628,712
  • WpVote
    Votes 64,477
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019