TinaQaisara's Reading List
5 stories
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,529
  • WpVote
    Votes 35,110
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
NoThInG sPeCiAl (Tutup) by bunnyaf
bunnyaf
  • WpView
    Reads 968
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 7
Nothing... Tok sah dok masuk la wei... 😤😤😤
Hati-Hati, Sayang  by bunnyaf
bunnyaf
  • WpView
    Reads 1,785
  • WpVote
    Votes 512
  • WpPart
    Parts 15
[ON GOING ] 2nd book Hanya seorang sahaja nama yang terpahat di hatinya, iaitu Nabila Aqilah. Sejak pertama kali mereka bertembung, hatinya terusik dengan wajah suci, ayu dan lemah lembut itu. Tak pernah ada mana-mana perempuan pun yang berjaya membuat hatinya tidak keruan seperti ini. Hanya Nabila Aqilah sahaja, dan dia akan pastikan perempuan sebaik itu menjadi miliknya yang sah. "Will you marry me, Bella?" - Muaz Hakimie. Hadirnya seorang perempuan yang cukup dikenalinya dan cuba menggodanya dari zaman sekolah menengah lagi membuat dirinya rimas. Siapa lagi kalau bukan Amelia Farhana. Perempuan yang sanggup buat apa sahaja asalkan Muaz Hakimie menjadi miliknya. Setelah dia mendapat tahu hubungan antara Muaz Hakimie dan musuhnya iaitu, Nabila Aqilah, hatinya mula panas. Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, kenapa lelaki yang diidamkannya selama ini memilih perempuan yang berlagak alim itu? "Aku akan pastikan Muaz Hakimie jadi milik aku. Bukan kaulah perempuan! Sedar sikit diri tu. Kau hanyalah perempuan kampung yang tak tahu malu, asyik terhegeh-hegeh je dekat Muaz! Ingat dia akan pandang kau? Tch. Cermin diri kau dululah!" - Amelia Farhana. Dengan menggunakan Datin Maryam, iaitu ibu kepada Muaz Hakimie, dia akan lebih mudah mendapat lelaki itu. Walaupun mereka sudah berstatus suami isteri, Muaz Hakimie masih menyimpan perasaannya pada perempuan pertama yang bertakhta di hatinya. "Kalau itu yang awak nak, saya sanggup tunggu awak." - Nabila Aqilah. Hidup dengan lelaki itu akan membuatkan hidupnya tenang dan bahagia? Tch. Malang bertimpa-timpa sejak dia mencintai lelaki yang sudah menjadi miliknya itu. Adakah memang benar bahawa dia tidak boleh mengecapi kebahagiaan apabila dia sudah menghancurkan hubungan percintaan orang? Setelah mendapat berita bahawa dia dimadukan bersama musuhnya, adakah dia bahagia? Masih adakah masa untuk dia menyesali dengan tindakannya? Just a cliché story... 🚫Don't copy copy
AISY : Queen Of Mafia by fakeaisy
fakeaisy
  • WpView
    Reads 167,017
  • WpVote
    Votes 9,350
  • WpPart
    Parts 29
Aisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau terpisah dari badan." "Jangan main-main dengan Aisy. She is Queen of Mafia. You know nothing about her." "Because I'm a King of Mafia, I want to claim her as my Queen." "Nak nengok aku beraksi? Just read this story." -Aisy
Akademi Dary : Sixth Sense by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 502,158
  • WpVote
    Votes 37,591
  • WpPart
    Parts 71
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kelas yang mana tidak mengenali antara satu sama lain telah dipilih untuk dibawa ke akademi lain. Iaitu akademi yang mana menempatkan, pelajar biasa. Sudahlah masing-masing mempunyai deria keenam yang berlainan. Apakah nasib mereka berlima? •━━━━━━━༺༻━━━━━━━ Best Achivement : #1 in Fantasy (2016) #2 in Fantasy (2019) • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2016 • ────── ✾ ────── • 🌸🌸 Beautiful cover by @sevennie 🌸🌸 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay