Random story
200 stories
Cinta yang tidak mati by Amnyyy___
Amnyyy___
  • WpView
    Reads 534
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 6
Satu pasangan bahagia ketika dahulu sebelum ketiadaan orang ketiga dan seorang kanak - kanak berumur 4 tahun. Awalnya mereka bersatu kerana suka sama suka dan direstui oleh keluarga masing - masing. Akibat seorang kawan yang lama menghilang beberapa tahun kini muncul kembali. Dapatkah pasangan mereka bertahan lama atau putus di pertengahan jalan ??? Start : 25 November 2025 Ending : ??????
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,035,617
  • WpVote
    Votes 42,837
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,944,074
  • WpVote
    Votes 2,015
  • WpPart
    Parts 10
1st story β™₯️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Pelangi Buat Riyana [TERBIT] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 213,196
  • WpVote
    Votes 2,485
  • WpPart
    Parts 12
[NON-EDITED] Riyaz Huzair. Dia lelaki periang yang penuh dengan loyar buruk. Tidak pernah bercinta adalah 'kelemahan' yang paling dia banggakan. 33 tahun hidup membujang bukan satu masalah untuknya. Setiap gadis yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah dengan alasan peliknya sendiri. "Aku nak jodoh yang namanya hampir sama dengan nama aku." - Riyaz Huzair Dan takdir pertemukan dia dengan seorang gadis bernama Riyana Hazira, gadis cashier. "Kalau sengkek, jangan makan dekat sini." - Riyana Hazira Dia, gadis yang langsung tiada ciri 'lembut' seperti seorang wanita. Di sebalik sikapnya yang kasar, Riyana menyimpan kisah silam yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Luka lama yang terlalu dalam, membuatkan hatinya tidak mempercayai lelaki. Bagi Riyana, Riyaz hanyalah seorang pelanggan yang suka menyibuk. Bagi Riyaz, Riyana adalah satu-satunya 'jodoh' yang memenuhi kriterianya. Hanya kerana nama yang hampir sama dengannya. Namun, ada sesuatu dalam diri Riyana yang masih berperang dengan masa lalu. Mampukah Riyaz merawat luka di hati Riyana? Atau kehadirannya cuma menggali lebih dalam luka yang Riyana cuba sembunyikan selama ini? - Start: 1 April 2025 End: 2 June 2025
Bunga Abadi [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 286,375
  • WpVote
    Votes 6,672
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 728,833
  • WpVote
    Votes 6,964
  • WpPart
    Parts 14
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
π‡πˆπ’ ππ„π€π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ | π’π‹πŽπ– 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 4,202
  • WpVote
    Votes 161
  • WpPart
    Parts 6
π‡πˆπ’ ππ„π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ β‹†βΊβ‚Šβ‹† -π‚πŽπ‹π‹π€ππ€π‘π€π“πˆπŽπ 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 ππ„π‘π‘πˆππ€π‘π’ 𝐗 𝐋0π•πƒπ˜ππ β˜…β‚ŠβŠΉβ™‘ Di sebalik ketinggian langit yang menghamparkan kebebasan , Daneen terkurung dalam bayang-bayang masa silam . Dia seorang juruterbang dengan jiwa yang patah , dibenci oleh ayah kandung sendiri , dihantui luka lama yang tidak pernah sembuh . Dia terbiasa berdiri sendiri , tanpa sesiapa untuk berpaut . Danish , seorang pegawai polis yang baru pulang ke tanah air , tidak pernah menyangka pertemuan di lapangan terbang akan menautkan takdir mereka . Dia jatuh hati pada Daneen , seorang wanita yang terlalu kuat untuk mengaku bahawa dia lelah . Namun , hati Daneen bukan untuknya . Dia menutup segala ruang , menolak setiap langkah Danish . Tetapi hidup punya cara sendiri untuk mengikat mereka . Satu salah faham , satu tuduhan yang tidak berasas , dan mereka terpaksa disatukan dalam sebuah pernikahan yang tiada cinta . Bagi Daneen , itu adalah jeriji besi yang lebih menyesakkan . Bagi Danish , itu adalah peluang untuk merawat luka yang tidak pernah dilihat orang lain . Seiring waktu , dinding yang Daneen bina mula runtuh . Sedikit demi sedikit , dia melihat Danish bukan sekadar seorang lelaki yang dikahwininya tanpa rela , tetapi seseorang yang membuatnya ingin percaya bahawa cinta tidak semestinya menyakitkan . Namun , hidup tidak pernah adil pada mereka . Saat Daneen mula belajar mencintai , saat hatinya mula berbisik bahawa dia tidak mahu kehilangan itu , takdir meragutnya pergi . Danish pergi meninggalkannya tanpa sempat dia mengungkapkan , bahawa untuk pertama kalinya , dia sudah bersedia untuk mencintai semula . Dan buat pertama kalinya , langit terasa lebih sepi dari biasa . β€’ ⚠️ . β€’no copy allowed . β€’nak kecam just dm je . β€’hasil imaginasi penulis .