Popular Publish
5 storie
Ritma Atas Puisi (RAP) di farid5attar
Ritma Atas Puisi (RAP)
farid5attar
  • LETTURE 42,573
  • Voti 1,373
  • Parti 205
Hanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MAC 2021 Cover by: @cikqueenoftypo_
Penulis Malam di farid5attar
Penulis Malam
farid5attar
  • LETTURE 22,145
  • Voti 2,780
  • Parti 46
Novel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu menjadi kawan baik. Dia sering dipulaukan di sekolah sehinggalah dia mendapat kawan baharu, Safiyah Zulaikha. Satu malam, Faiz Azzudin menemui sebuah manuskrip lama yang belum siap lalu berfikir untuk menyambung menulis manuskrip itu menerusi pengalamannya menghalau hantu dan bantuan Aisyah Maisarah. Hari demi hari, hidup Faiz Azzudin menjadi tidak keruan dengan kemunculan seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. Aisyah Maisarah sedang diburu oleh roh lelaki tua yang jahat yang mahu membunuhnya itu. Faiz Azzudin bertanggungjawab untuk melindungi Aisyah Maisarah dari gangguan roh jahat itu. Pada masa yang sama Farah Natasha menyimpan perasaan terhadap Faiz Azzudin. Siapakah lelaki tua yang ingin membunuh Aisyah Maisarah itu? Apakah punca kematian Aisyah Maisarah? Mampukah Faiz Azzudin melindungi Aisyah Maisarah? Apakah kaitan lelaki tua itu dengan manuskrip yang giat dikembangkan oleh Faiz Azzudin itu? Apakah pula kaitan antara Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dengan Aisyah Maisarah? Antara Farah Natasha dan Aisyah Maisarah, siapakah yang bakal menawan hati Faiz Azzudin? Segala rahsia bakal terungkai di novel PENULIS MALAM. "Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Aisyah Maisarah "Betul! Saya jadi kawan awak, eh!?"-Safiyah Zulaikha "Sabarlah, nak! Dia memang macam tu. Shah boleh bezakan angin dia elok ke tak melalui mata dia."-Kamilah, ibu Faiz Azzudin "Jangan datang dekat dengan aku!"-Faiz Azzudin "Sebab... saya pun macam awak. Mata saya... boleh nampak 'benda' tu juga."-Farah Natasha
Ustazah Kpop di farid5attar
Ustazah Kpop
farid5attar
  • LETTURE 16,105
  • Voti 635
  • Parti 43
Kisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin. Tidak selepas itu, Nurul Fadzelin mendapat tawaran untuk melanjutkan pembelajarannya ke sebuah politeknik. Setahun kemudian, Nurul Fadzelin bertemu dengan seorang bekas pelajarnya, Syed Hamzah di kelas yang sama sebagai senior. Hubungan mereka menjadi erat serta-merta sejak pertemuan itu. Syed Hamzah melihat perwatakan Nurul Fadzelin berubah kepada Kpopper berbanding yang dulu. Dalam diam, Syed Hamzah cuba mengubah diri Nurul Fadzelin kepada yang dulu. Berjayakah Syed Hamzah mengembalikan diri Nurul Fadzelin? Mampukah Nurul Fadzelin berubah seperti dahulu semula? Adakah mereka saling mencintai satu sama lain? Apakah yang bakal terjadi pada diri Syed Hamzah di penghujung cerita? Segalanya terjawab di novel USTAZAH KPOP. "Musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri."-Tengku Iskandar "Ustazah nak kau jadi macam dia juga. Izzati pun nak tengok juga pasangan sepadan nanti."-Syarifah Izzati "Bila saya tak ada nanti, awak masih sayangkan saya ke?"-Aina Farhana "Zai, semua insan tak pernah sempurna. Semua orang dilahirkan untuk membuat kesilapan."-Arif Hakimi a.k.a. Ami "Sahabat,...jaga Lin untuk aku."-Syed Hamzah a.k.a. Zai
Tundukkan Tiga Tuxedo di farid5attar
Tundukkan Tiga Tuxedo
farid5attar
  • LETTURE 10,669
  • Voti 985
  • Parti 123
Mengisahkan tiga sepupu yang bernama Arif Hakimi (dari novel HIPSTERIA), Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dan Faiz Azzudin (dari novel PENULIS MALAM) mendapat sepucuk surat dari datuk mereka, Farid Sattar (sayalah tu😎). Mereka diajak untuk melawat vila Farid Sattar yang terletak di Yan, Kedah. Setelah bertemu dan saling memperkenalkan diri masing-masing, tiga sepupu itu bertemu dengan nenek tiri mereka, iaitu Safiyah Zulaikha (dari tiga novel tersebut). Mereka akan dijaga oleh seorang ustazah, Nurul Fadzelin (dari novel USTAZAH KPOP) yang diupah oleh Farid Sattar sepanjang tempoh satu tahun itu. Pada awalnya, Arif Hakimi dan Emy Zulkifli berebut untuk mencintai Nurul Fadzelin. Faiz Azzudin tidak berminat langsung untuk mencintai ustazah tersebut kerana memikirkan tentang Aisyah Maisarah, kekasihnya. Hakikatnya, Nurul Fadzelin lebih banyak luangkan masa dengan Faiz Azzudin. Kehadiran Elizabeth Foxe, tunang Emy Zulkifli datang ke vila tersebut membuatkan Emy Zulkifli menjadi tidak keruan sama ada untuk kekal mencintai cinta lamanya, Elizabeth Foxe ataupun cinta baharunya, Nurul Fadzelin. Adakah cinta antara Emy Zulkifli dan Elizabeth Foxe kekal hingga ke hujungnya? Apakah strategi yang bakal dirancang Faiz Azzudin demi menawan hati Aisyah Maisarah semula? Bolehkah Arif Hakimi mendapat cinta sejatinya di situ? Siapakah pula yang bakal menawan hati Nurul Fadzelin? Mampukah Nurul Fadzelin menundukkan tiga jejaka itu? Jom jatuh cinta dengan mereka dalam novel TUNDUKKAN TIGA TUXEDO👔 "Whoa! Rileks! Jangan bergaduh boleh, tak!? Kita duduk dekat sini setahun. Ustazah tu pun duduk sini setahun. Apa kata kita berbaik sikit? Baru kenal dah gaduh. Apa ni?"- Faiz Azzudin "I'm back!"- Elizabeth Foxe "Tak, aku tak nak jadi gengster balik. Sejak aku jumpa dengan ustazah tu, aku macam nak berubah. Terasa titik hitam dalam hati makin membesar. Aku takut... Aku takut, dia tak terima aku lagi lepas apa yang aku dah buat sebelum ni."- Arif Hakimi
Kelas DSB di farid5attar
Kelas DSB
farid5attar
  • LETTURE 10,860
  • Voti 1,763
  • Parti 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan bergerak pantas. Ramai pelajar memulau pelajar 5F di sekolah mereka. Kemunculan Danial Nabil, pegawai pertahanan sebagai guru sukan dan Niratcha, seorang teroris sebagai guru Bahasa Inggeris telah mengubah hidup pelajar itu. Kedatangan Alif Najmi, pelajar yang terlepas dari tempoh gantung sekolah, Ruby, robot yang dicipta oleh satu persatuan sulit dan Khairil, lelaki yang dianggap adik kepada Cikgu Wan telah membuatkan kelas 5F menjadi lebih kuat. Semakin lama mereka bersama Cikgu Wan, semakin banyak perkara rahsia Cikgu Wan terungkai sehinggalah dia memberitahu kebenarannya tentang kisah silamnya yang penuh dengan darah. Apakah rahsia yang dipendam Cikgu Wan? Kenapa Cikgu Wan menjadi guru sedangkan dahulunya dia pembunuh? Berjayakah mereka membunuh Cikgu Wan dalam tempoh setahun itu? Mari sertai kelas yang penuh debaran dalam KELAS DSB sekarang. P/s: Tengok cover dah tahu kan cerita dari anime mana? ಠ_ಠ