CikInzzz's Reading List
3 stories
Brave Heart  by AieHolland
AieHolland
  • WpView
    Reads 1,818
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 30
Cantik, elegan dan lemah-lembut? Itulah yang selalu Puteri Nia Zahratunnisa dengar ketika membesar sebagai puteri dari negara yang dihormati ramai. Tetapi memang bukan seorang Nia Zahratunnisa untuk sentiasa bertindak sedemikian. Nakal, kasar dan gopoh juga antara sifatnya sebagai seorang puteri. "Orang perempuan tak usah belajar pasal perang." - Raja Haq "Oh no, ayahanda. Anakanda tak rela menjadi damsel in distress." - Nia Zahratunnisa Fahad selaku pengawal peribadi si puteri selalu mengeluh dengan sikap luar jangkaan Puteri Nia. Dia dipandang hebat oleh lelaki di kerajaan Terra kerana kemahiran dalam pertarungan senjata dan pakar strategi peperangan. Apabila bersama dengan Puteri Nia, kredibilitinya sebagai seorang yang sentiasa tenang dan bijak membuat keputusan seolah-olah lari keluar daripada diri. "Kadang kala patik terfikir. Adakah patik pengawal puteri atau pengawal seekor monyet?" - Fahad Awadullah "Monyet yang cantik bukan?" - Nia Zahratunnisa Kebahagiaan Puteri Nia berakhir dengan pantas. Ahli keluarga menghilang, disyaki telah dibunuh. Negaranya pula telah ditawan sepenuhnya. Dia menjadi seorang pelarian dengan sekelip mata. Otaknya runsing. Yang dianggap kawan, bertukar menjadi musuh. Fahad sentiasa di sisi Puteri Nia. Bersumpah akan melindungi gadis itu dengan segala kudrat yang dia ada walaupun bermakna mempertaruhkan nyawanya. Satu demi satu negara mereka berkelana namun setiap kali berakhir dengan pengkhianatan. Bilakah semua ini akan berakhir? "Beta takut." - Nia Zahratunnisa "I'm here and will always be here" - Fahad Awadullah Adakah Puteri Nia akan berjaya menawan semula kota Terra? Apakah halangan yang menunggu Puteri Nia dalam misi untuk melawan pihak musuh? Benarkah tiada siapa lagi yang dapat dipercayai di dunia ini? Ikuti kisah seorang puteri yang berani, berjiwa pahlawan dan tak gentar dengan cabaran bersama pengawal peribadinya yang sentiasa menjadi perisai dan pedang buat si puteri.
Yakuza's Trap by AieHolland
AieHolland
  • WpView
    Reads 1,415
  • WpVote
    Votes 73
  • WpPart
    Parts 11
"Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Aku ceraikan kau dengan talak satu." Senang bagi seorang lelaki bernama Shinomiya Shinji a.k.a Shinji Shah Abdullah melafaz cerai Nur Huda Maisarah. Apabila Huda ingin tahu apa salah dirinya sehingga sanggup Shinji berbuat begitu, dia hanya berdiam diri. Jiwa Nur Huda Maisarah berkecai seribu. Hatinya mati dengan perbuatan Shinji. Namun dia bukan seorang wanita yang hanya akan menangis kerana lelaki. Akan dia buktikan kepada Shinji bahawa kehidupan tanpa lelaki tersebut akan bahagia selama-lamanya. Melibatkan Huda dalam dunia berbahaya yakuza bukan keinginan Shinji. Jika diberi pilihan semula, dia akan pastikan Huda jauh dari seorang yakuza sepertinya. Namun siapa dia hendak menidakkan ketentuan Ilahi. Hati beku menjadi cair dengan telatah Huda. Tanpa sedar Shinji mengenali apa itu cinta. Kejadian yang membuatkan dia hampir kehilangan Huda menggetarkan seluruh tubuhnya. Dialah punca Huda tersakiti. Jadi, dia perlu berlalu pergi dari hidup wanita yang paling dia sayang. Lima tahun yang berlalu merupakan jangka masa yang lama. Huda sudah lupakan semua kisah silam. Tiba masanya dia memberi peluang kepada diri sendiri untuk bebas dari kenangan dan teruskan dengan harapan. "Lama tak jumpa." -Shinji "Berani kau tunjukkan muka di depan aku?" - Huda Shinji kembali untuk merebut hati Huda kembali tetapi Huda sedikit pun tak mempedulikan kehadiran Shinji. Bagi Huda, setelah perceraian tersebut dilafazkan, sesekali dia tak akan berpusing belakang. "Give me another chance. I love you, Huda" -Shinji "I hate you with all my heart. Berambus!" -Huda Bagi Shinji apa yang dilakukannya adalah satu jalan untuk selamatkan cinta hatinya. Bagi Huda, keputusan Shinji merupakan satu pengkhianatan bagi dirinya. Dapatkah Shinji menawan semula hati Huda? Adakah Huda akan terus berkeras hati menolak Shinji? Yakuza dan gadis biasa? Adakah sinar buat mereka berdua?
CINTA SANG LAKSAMANA by AnnSelasih
AnnSelasih
  • WpView
    Reads 68,944
  • WpVote
    Votes 1,879
  • WpPart
    Parts 17
Cinta itu telah pergi. Lalu ia datang kembali. Dalam suratan takdir yang aneh. Cinta itu tak pernah ada Ia hadir tanpa undangan Dalam suratan takdir nan indah Adakah takdir yang indah ini akan berkekalan di dalam suratan takdir yang aneh ini? Sungguh! Mereka tak pernah berhenti mengharap.