My fav
5 stories
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 480,339
  • WpVote
    Votes 65,970
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 167,111
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
Undercover by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 115,097
  • WpVote
    Votes 11,265
  • WpPart
    Parts 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner in crime dia la. Dia lelaki Melayu sejati yang tak takut mati. Ha gitu la.
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 840,965
  • WpVote
    Votes 28,059
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,529,535
  • WpVote
    Votes 256,973
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.