niabuya0432
Dewasa menjadi hukuman bagi Seri Hamraa binti Adwan. Sepuluh tahun lalu, kemalangan meragut nyawa ibu bapanya, memaksanya meninggalkan kehidupan remaja dan dibentuk menjadi wanita besi oleh datuknya, Tan Sri Uthman. Sebagai pewaris, Hamraa bukan sahaja mengemudi syarikat keluarga sebagai CEO yang dingin, malah memimpin kumpulan mafia warisan secara rahsia. Hidupnya terbahagi antara dunia korporat dan dunia gelap yang penuh darah.
Segalanya berubah apabila dia bertemu Arima Ridzuan, seorang inspektor berdarah kacukan Jepun-Arab yang tegas dan berprinsip. Arima jatuh hati pada kelembutan tersembunyi Hamraa, manakala Hamraa yang dahagakan kasih sayang mula membuka hati. Namun, hubungan mereka diuji apabila identiti sebenar terbongkar dalam satu operasi. Arima memburu jenayah, sedangkan Hamraa adalah sasaran utama. Cinta mereka kini berdiri di antara tugas dan pengkhianatan.
Dalam masa yang sama, sepupu Hamraa, Nia Rose's Adeena, berdepan dilema hati. Dia menjaga dua kanak-kanak, Alisa dan Arish, tanpa mengetahui mereka adalah anak kepada cinta lamanya, Andika Zill Qayyim. Andika masih setia pada arwah isterinya dan menutup pintu hatinya. Adeena berusaha mendekat, namun terhalang oleh luka lama dan keraguan Andika.
Konflik turut melanda pasangan Zaheen Zikraan dan Seroja Camilla. Permusuhan keluarga memaksa mereka memendam perasaan sejak kecil. Seroja membenci keluarga Hamraa, sekali gus menjauhkan Zaheen, walaupun lelaki itu tetap setia.
Dengan ancaman musuh seperti Mekhaila, ketiga-tiga pasangan ini diuji dalam dunia penuh tipu daya. Persoalannya, mampukah cinta bertahan dalam kegelapan yang menghimpit, atau akan musnah sebelum sempat diselamatkan?