Melur_Azira
Aira bukan takmau memilih langsung, tapi nak buat macam mana? Hati dia dah terjatuh dekat abang taukey lembu tu. Biarlah orang kata dia low taste pun, cinta tetap cinta. Masa makin berjalan. Aira makin sedar, dia perlu lakukan sesuatu! Abang taukeh lembu mesti jadi hak dia jugak!
Farhan Hadi bukan tak nak layan. Tapi, dia memang malas layan! Budak tak matang macam Aira, main-main saja kerjanya. Tambahan dia sedar diri. Muka sikit pun tak hensem, duda pulak tu. Kerja kampung biasa-biasa sahaja sebagai penambah pakej tak lengkap! Mana boleh bergandingan dengan Aira, pelajar ijazah kejuruteraan Pembuatan UniMAP tu.
"Pak cik takmau singgah mai beli goreng pisang ka? Kami belanja! Hehehe"- Nur Waira.
"Siapa pak cik, hang? Aku baru umur 25 tahun."- Farhan Hadi.
Hubungan yang mulanya berputik dengan penuh sinis makin kembang berbunga. Hati masing-masing mulai terisi. Diam-diam Aira mulai menaruh harapan. Tapi, kisah cinta mana yang nak smooth saja kan? Hubungan yang mekar dibiarkan tergantung sepi. Farhan menyepi! Aira tetap menanti!
Kemunculan semula 'pak cik'nya, menamatkan penantian Aira. Tapi, pak cik dah ada mak cik! Aira gawat! Saingannya kali ini bukan calang-calang orang. Anak sulung Dr. Hj. Md. Akhir bersama cikgu Hasinah. Si hitam manis, yang acah suci tapi plastic!
"Saya yang jadi pilihan Farhan, bukan awak,"- Siti Atikah Md Akhir.
Pengakuan sudah dibuat. Aira makin resah. Apa cara sekali pun, dia mesti dapatkan Farhan Hadi. Selagi dia bukan suami orang, Aira masih punya hak! Berjayakah Aira memiliki Si Taukeh Lembu? Atau semuanya hanya sekadar Tulisan Hatinya sahaja?