AMNIRAYHANAH2015
"Kau hadir satu hari sebelum Malaysia melakar sejarah. Tapi dalam hidup ibu, kaulah sejarah paling agung. Dengan tangismu, lahirnya ibu. Dengan tangismu, bermulanya langkah perjuangan seorang wanita biasa bergelar ibu..."
Muhammad Anas Rayyan - anak sulung yang lembut hati, bijak, dan penyayang. Seawal usia empat tahun, dia sudah menguasai huruf dan doa, petah berkata-kata dan disenangi semua. Namanya menjadi sebutan - Tokoh Pelajar, Tokoh Doktor Muda, Pemain Ragbi, Pelajar Harapan.
Namun, tak semua jalan indah untuknya. Ketika berada di puncak, dia terpaksa berpindah kerana keadaan kesihatan. Kehilangan kawan, persekitaran baru, dan perasaan terasing menjadi episod sukar untuk anak sulung ini. Dari murid cemerlang kepada seorang anak yang menyendiri.
Tapi dari situ juga, dia bangkit. Anas menemukan semula dirinya, menjadi inspirasi dalam komuniti sekolah baru. Novel ini adalah surat cinta seorang ibu buat anak sulungnya. Tentang permulaan hidup, tentang kehilangan dan penerimaan, dan tentang kasih sayang yang tak pernah luput walau diuji berkali.
"Kerana Anas adalah nama pertama yang ibu bawa dalam setiap doa, setiap sujud, setiap hela nafas..."