Zittar
Enam belas tahun menghuni tembok Rumah Anak Yatim Kasih Bondda, Amzah menyangka dunia luar adalah sebuah padang permainan yang indah. Namun, saat kaki melangkah keluar pada usia 21 tahun, realiti menamparnya tanpa belas kasihan. Berbekalkan wang saku yang berbaki, sebuah bilik sempit di Flat Sri Melati menjadi saksi bermulanya sebuah perjuangan.
Nasibnya berubah apabila bertemu dengan Irfan, pemuda "vibe tinggi" yang memperkenalkannya kepada dunia perniagaan air balang di Bazar Ramadan. Di celah-celah kepulan asap sate dan hiruk-piruk pasar, Amzah menemui cintanya yang sebenar.. seni kulinari.
Namun, jalan menuju impian tidak pernah rata. Kehadiran Joe dan Rik, anak orang kaya yang angkuh, sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan maruah Amzah. Daripada sabotaj gerai hinggalah kepada serangan fizikal, Amzah terpaksa menggunakan setiap inci kemahiran silat yang dipelajarinya demi mempertahankan diri.
Ditemani Elisa, gadis mall yang menjadi pendorong semangat, Amzah tekad membuktikan bahawa anak yatim piatu sepertinya juga punya tempat di dapur elit. Adakah resepi warisan arwah ibunya cukup untuk membina "Kafe Impian", atau adakah dia akan tewas di tangan mereka yang memandang rendah pada kasta marhaen?