Araxdahlia
Satu pertempuran akademik yang berubah menjadi peperangan hati.
Di Arundel International College, dua nama mendominasi setiap carta-Isabella Elvira, pewaris empayar hotel ternama dan pelajar terbaik kesayangan pensyarah, serta Leonardo Matteo, anak CEO konglomerat Eropah yang memandang dunia seolah-olah ia miliknya.
Mereka bukan kawan.
Bukan juga musuh biasa.
Mereka adalah rival-setiap markah, setiap kedudukan, setiap pandangan... semuanya adalah pertandingan.
Tapi apa jadi bila benci mula goyah?
Bila sentuhan kecil terasa lama?
Bila setiap "I hate you" semakin menyerupai "I want you"?
Mereka cuba pertahankan ego. Tapi di sebalik semua sindiran, sengketa, dan suara keras... ada sesuatu yang perlahan-lahan terbentuk.
Mereka cuma tak mahu mengaku.