Flowertulip_cinta
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta.
Halena-wanita berpendidikan tinggi, bekerjaya dalam dunia akademik, berdikari dan sedikit sombong kerana prinsip hidupnya. Baginya, perkahwinan paksa adalah penghinaan terbesar. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu ialah Tengku Ates.
Tengku Ates-CEO muda yang digeruni, berpengaruh dalam dunia korporat dan memiliki sisi gelap sebagai mafia yang tidak pernah kenal belas kasihan. Tegas, garang, dan penuh ego. Dia tidak pernah tunduk pada sesiapa... kecuali satu perkara-amanah keluarga.
Demi menyelamatkan empayar perniagaan dan maruah keluarga, ibu bapa mereka memaksa Halena dan Tengku Ates bernikah.
Namun, rumah tangga yang bermula dengan dendam hanya melahirkan perang dingin.
Setiap pertemuan adalah pertelingkahan.
Setiap sentuhan terasa seperti paksaan.
Setiap pandangan dipenuhi kebencian.
Tetapi... dalam kebencian itu, wujud api yang perlahan-lahan membakar hati mereka.
Adakah dendam akan terus menjadi dinding?
Atau cinta akan hadir tanpa mereka sedari?