Langtera
"Ini adalah.. rumah untuk kita."
Quinnan Saif Al-Tamim, seorang arkitek yang berjaya dan pemilik firma arkitek terkemuka di Malaysia. Hidupnya sempurna bagai air di kolam. Jiwanya tenang, tutur katanya sopan. Namun, setelah kehilangan kekasih hatinya, dia tidak lagi percaya dalam dunia percintaan. Sikapnya turut berubah. Sekarang, personalitinya seperti ais batu.
Tayra Nufa Al-Layl, seorang doktor muda pada lingkungan usianya. Dia hanya fokus untuk mencapai cita-citanya. Cinta? Basi. Baginya, cinta hanyalah permainan hati yang pada akhirnya akan menyakitkan perasaan antara satu sama lain. Namun, pandangan itu tidak dapat mengubah fakta di sebalik fikiran itu. Dirinya pernah sengsara kerana cinta. Setelah ditinggalkan tanpa khabar, akhirnya.. dia berputus asa.
Pertemuan di antara dua jiwa yang masih berbekas luka lama. Adakah mereka akan menjadi teman? Atau.. sebaliknya?
"Jangan keras kepala sangat. Encik belum sembuh lagi." -Tayra
"Suka hati akulah. My body, my rules." -Quinnan
"Jangan salahkan doktor-doktor dekat sini kalau keadaan Encik makin teruk." -Tayra
Bagaimana jika takdir menyatukan mereka?
"Let's get married." -Quinnan
"What?!" -Tayra
Namun.. bagaimana pula jika kebahagiaan tak berpihak kepada mereka?
"Abang..." -Tayra
"Janji dengan abang, walau apa yang terjadi sekali pun.. sayang jaga rumah tu, dan jaga anak kita." -Quinnan
Bagaimanakah pengakhiran mereka?