Asyraf Stories

Refine by tag:
asyraf
WpAddhilal
WpAddmalaysia
asyraf
WpAddhilal
WpAddmalaysia

12 Stories

  • Amru Rebellion by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 1,883
    • WpPart
      Parts 5
    Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. CInta juga berputih di dalam jiwannya dengan santri rupawan, Zaharah. Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah, yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribu mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk. Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung, dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya. Tanpa Amru ketahui, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya.
  • Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 6,958
    • WpPart
      Parts 7
    Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka. Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata. Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka! Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya. Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!
  • Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 13,214
    • WpPart
      Parts 7
    Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
  • Buatmu Cinta by feasy-
    feasy-
    • WpView
      Reads 97
    • WpPart
      Parts 1
    [ Buatmu Cinta ] Tunang yang kacak Tunang yang dingin Dingin Dingin Seribu Lori ais datang pun tidak mampu menandingi dingin tunangnya itu. " peek a boo , saya lah tunang awak " " daydreaming huh? " Bala apa lah yang turun kepada NURA ELINA sehingga perlu bertunang dengan 'pemilik kedai ais' . Bagi ASYRAF AQASHA , dia juga seperti mendapat bala yang turun dengan selori gula. " Apa kata kau cari lelaki lain gantikan tempat aku sebagai tunang dan bakal suami kau " " tak nak , tak nak , tak nak . Saya nak awak jugak " " awak punya telinga dan leher . They blushing for me right? " " They had nothing to do with you " " yelah tu , awak tunggulah sampai saya dapat buat awak cinta " START: 25/12/17 END:-
  • NIRNAMA(Nameless) English Version by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 6,713
    • WpPart
      Parts 6
    The story of nameless warrior that roaming Tanah Semenanjung, helping people, mostly those who oppressed by tyranny. He never shared his name, thus people start calling him Nirnama, meaning nameless.
  • Membunuh Muhammad by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 3,087
    • WpPart
      Parts 5
    Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiri dan bersedia untuk kemungkinan terburuk. Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi yang besar - MEMBUNUH MUHAMMAD. Satu usaha drastik yang bermatlamatkan pengakhiran pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun. Bagaimana pengakhiran Saga HERO ini? Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
  • Sedekat Nadi Sejauh Takdir by RahmiFitriYetti18
    RahmiFitriYetti18
    • WpView
      Reads 2,604
    • WpPart
      Parts 20
    Bolehkah aku mencintai mu? ~Ketika dimana cinta mereka perjuangkan dengan kesalahan ~Liku jalan kehidupan yang mempertemukan keduanya ~Dua makhluk tuhan yang entah mengapa saling jatuh cinta Kenapa baru sekarang Mama? Papa? Kenapa baru sekarang?!! Bolehkah aku mencintai seseorang itu? Salahkah jika aku memiliki rasa itu untuk seseorang yang sangat dekat dengan ku? "Mala, bukan itu, bukan itu maksud mama sayang!!" -Mamanya- "Kenapa mama baru bilang sekarang?!!" -Kemala- "Mama ngak tau rasanya ma! Mama ngak tau!! Rasa itu sudah terlalu besar ma!!" -Kemala-
  • TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 6,257
    • WpPart
      Parts 6
    Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?
  • Dia di hatiku.. by user38217000
    user38217000
    • WpView
      Reads 28
    • WpPart
      Parts 1
    kisah seorang gadis yang sangat cantik..
  • Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 5,541
    • WpPart
      Parts 5
    Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?
  • Encik Pembunuh by HilalAsyraf
    HilalAsyraf
    • WpView
      Reads 26,167
    • WpPart
      Parts 7
    Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome. Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut. Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya. Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?
  • Cinta Terakhir  by Fattah_Harith
    Fattah_Harith
    • WpView
      Reads 162
    • WpPart
      Parts 4
    Pencintaan antara senior dan junior memang tak asing lagi dalam kehidupan .Salah satunya adalah kisah cinta diantara Megat Rayyan Ammar dan Tengku Rasyida. Apabila cinta mereka kian terjalin berlaku konfliks dia antara keluarga masing-masing.. Mula timbul konfliks apabila nendanya ingin menjodohkan Tengku Rasyida bersama sepupunya Tengku Fattah Harith.. mana kala Konfliks antara Megat Rayyan ammar dengan adik kembarnya, Megat Rayyan Asyraf iaitu kembar Tak seiras yang merebutkan Tengku Rasyida Bagaimana Tengku Harith dan Puteri Nuradilah menyelesaikan kemelut keluarga ini? Apakah cinta mereka akan kesampaian? Atau Asyraf yang mendapatkan Syida. Konflik mula berlaku apabila ammar sakit Kalau nak tahu apa kesudahan nya jemput lah baca Ff saya Ini. SORRY x pandai wat Sinopsis