Aeraeeezzzz
Tiga pelajar perempuan dari International Girls School telah terpilih untuk ke Kudrat selama enam bulan bagi program pertukaran pelajar. Qeisya, Cleora, dan Vivienne - tiga watak berbeza dengan personaliti yang tak pernah sehaluan, tapi dipaksa berada di bawah satu bumbung sekolah yang reputasinya lebih besar daripada khabar anginnya sendiri.
Kudrat bukan sekolah biasa. Ia tempat yang punya tradisi, struktur, dan rahsia tersendiri. Di sini, disiplin dijaga ketat, dan hierarki dihormati lebih daripada undang-undang rasmi.
Bagi mereka bertiga, hari pertama sudah cukup mencabar. Bangunan yang besar, pandangan mata yang menilai, dan langkah-langkah mereka yang masih kekok - semuanya membuatkan Kudrat terasa seperti dunia lain. Tapi di sebalik ketegangan dan rasa asing itu, sesuatu yang pelik mula terbentuk: rasa ingin tahu.
Mereka belajar bahawa bukan semua yang kelihatan dingin itu kejam, dan bukan semua yang nampak sempurna itu tenang. Setiap senyuman, setiap pandangan, setiap perbualan kecil - semuanya menyimpan cerita yang tak pernah mereka jangka.
Dalam enam bulan di Kudrat, banyak yang berlaku.
Mereka belajar tentang kehilangan, tentang keberanian, tentang mencari tempat di mana mereka benar-benar rasa 'ada'.
Dan mungkin...
mungkin untuk pertama kalinya dalam hidup mereka,
mereka akhirnya menemui sesuatu yang hilang dalam diri -
keseimbangan antara rasa pulang dan pergi.
Well, you could say,
they finally found their hiraeth.