valerienne_
"Kakak akan bertunang dengan Riyaz."
Hati wanita mana yang tidak hancur apabila mendengar berita lelaki yang selama ini ia cintai akan membina mahligai dengan wanita lain? Dengan kakaknya sendiri?
Setelah hampir 4 tahun lamanya, dia memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Namun, semuanya sudah berubah dan dia.. sama sekali tidak mengenalinya. Dia kembali bukan untuk meraikan. Bukan juga untuk mengucapkan tahniah.
Tujuannya hanya satu. Mengembalikan semuanya kepada asal.
"Stop call me 'abang' with that tone. Saya bakal abang ipar awak. Have some respect for me. Tak manis kalau orang nampak."
-RIYAZ IZHAN
"Apa yang salahnya? Betul lah, abang. Abang kan tua 3 tahun dari Ayla. Tak salah kan kalau Ayla nak panggil 'abang'."
-AYLA AZZAHRA
"Panggilan tu tak salah, yang salahnya cara Ayla sebut, pandang abang." -RIYAZ IZHAN
"Ayla pandang abang macam mana? Kenapa? Dada abang ni sesak kalau pandang Ayla?" -RIYAZ IZHAN
Kehadiran wanita itu menyesakkan dadanya. Kerana wanita itu seringkali membawanya mengingat separuh ingatannya yang telah lama terpadam. 3 tahun lalu. Kemalangan yang menimpanya yang telah meragut separuh ingatannya.
Saat satu demi persatu rahsia mula terbongkar, dia rasa tertipu. Dimalukan. Tepat di hari perkahwinannya.
Orang yang selama ini dia anggap sebagai penyelamat rupanya ialah racun yang patut dia jauhi.
Tetapi adakah kebenaran akan terhenti setakat itu sahaja? Apakah penyebab kemalangan yang menimpa Riyaz 3 tahun lalu? Dapatkah dia menerima kenyataan dalang di sebalik semua yang menimpanya?
START: 16/6/26
END: -