rznamins
Apa jadi bila dunia yang kau anggap stabil... tiba-tiba runtuh dalam diam?
Aira, seorang kerani biasa, dibuang kerja tanpa amaran. Tiada pesanan. Tiada terima kasih.
Hanya satu surat pemecatan yang dingin - dan masa depan yang samar.
Dalam sunyi bilik sewanya, Aira mula menulis kembali.
Kisah sebenar. Kisah luka.
Kisah tentang jatuh - dan mungkin, bangkit semula.
Untuk mereka yang pernah rasa tak cukup, tak dihargai, dan tak tahu arah...
Kisah ini untuk kamu.
Terima kasih kerana singgah baca kisah pertama saya sebagai Roza Amin.
Cerita ini diinspirasikan daripada realiti - dan mungkin ada cebisan hidup anda juga di sini.
Kalau suka, tinggalkan komen. Kalau rasa tercuit, tekan ★.
Sokongan anda mungkin kecil, tapi cukup besar untuk saya teruskan ✨