melawhah
Daniel Li tidak pernah mahu kebahagiaan. Dia hanya mahukan pembalasan.
Lelaki yang memusnahkan kerjayanya dengan satu pukulan kejam yang menyebabkan patah tulang pinggulnya ialah Emran Elijah, juara dunia. Dendam adalah satu-satunya janji yang dipegang teguh oleh Daniel.
Namun, di tengah-tengah pemulihan yang menyakitkan, dia bertemu dengan penawarnya, Dr. Elise Emelda, seorang Doktor Ortopedik yang mempunyai sentuhan ajaib dan pandangan yang menusuk hingga ke jiwa.
Hubungan yang terlarang itu bersemi pantas, sebelum Daniel terpaksa berhadapan dengan kebenaran paling gelap: Elise adalah adik kandung Emran.
Kini, dia bukan sahaja bertarung untuk tali pinggang kejuaraan, tetapi juga untuk hati yang terbelah. Di satu sudut gelanggang berdiri Emran, menuntut darah. Di sudut yang lain, Elise, menuntut kebenaran.
Apabila RING itu berbunyi, Daniel harus membuat pilihan muktamad. Adakah dia akan membiarkan dendam memimpinnya kepada kehancuran, atau adakah dia akan meletakkan komitmen yang diwakili cincin itu di atas segalanya, walau terpaksa tewas kepada musuh abadi?
"Cinta ini adalah perlawanan tanpa belas kasihan. Dan di antara darah dan mawar, salah satu janji mesti dikhianati."