Bencijadisayang Stories

Refine by tag:
bencijadisayang
bencijadisayang

2 Stories

  • Kyra by Zittar
    Zittar
    • WpView
      Reads 10
    • WpPart
      Parts 12
    Kyra bukan gadis biasa. Di sekolah elit yang dipenuhi anak-anak orang berpengaruh, namanya cukup dikenali, bukan kerana kepintaran semata, tetapi kerana kenakalannya yang sukar dijangka. Pada usia 18 tahun, Kyra hidup dalam dunia yang penuh kemewahan, namun kosong tanpa kasih sayang. Sebagai anak tunggal kepada jutawan ternama, dia memiliki segalanya... kecuali perhatian daripada papa dan mamanya yang sentiasa sibuk. Di sekolah, Kyra adalah ribut, suka mengusik, mencabar, dan membuat huru-hara kecil yang menghiburkan dirinya. Tapi sebaik melangkah masuk ke rumah agam yang luas dan sunyi, dia berubah menjadi seorang gadis yang pendiam, menyendiri, dan tenggelam dalam dunia lukisannya. Hanya kanvas dan warna menjadi teman setianya, meluahkan rasa yang tak pernah mampu diucapkan. Segalanya mula berubah apabila seorang pelajar baru muncul, Zayn, anak kepada seorang VIP yang berpengaruh. Berbeza dengan orang lain, Zayn tidak mudah terpengaruh dengan sikap Kyra. Malah, pertemuan pertama mereka dipenuhi dengan pergaduhan kecil dan usikan yang tak pernah berhenti. Namun di sebalik sikap sabarnya, Zayn melihat sesuatu dalam diri Kyra yang orang lain gagal fahami kesunyian yang terpendam di sebalik senyuman nakalnya.
  • Takdir yang tertulis  by fIOweRosE
    fIOweRosE
    • WpView
      Reads 115
    • WpPart
      Parts 36
    Aku cakap dah, kan? Air boba ni memang boleh buat mood aku baik," Zahra bercakap sendiri sambil tersenyum nipis, menikmati manisnya gula perang yang bercampur dengan susu segar. Langkahnya agak santai, matanya fokus ke arah skrin telefon untuk membalas mesej Dahlia yang bertanyakan di mana dia berada. Namun, tanpa sempat dia sedar- **Gedebuk!** "Kau tak nampak jalan?" Suaranya rendah, tetapi cukup tajam untuk menusuk ke telinga Zahra. Zahra mengetap bibir. **Habislah aku!** "Err... sorry?" Zahra cuba untuk senyum, tetapi reaksi lelaki itu tetap sama-dingin dan tak terkesan langsung dengan kata maafnya. "Kau rasa 'sorry' boleh buat baju aku bersih balik?" soalnya lagi, nada suaranya sedikit mendatar tetapi cukup untuk membuat Zahra berasa sedikit gerun. #I'm comeback guys #Please no copyright.Saya tidak izinkan.