Bestsaller قصص

التنقيح بـ وسم:
bestsaller
WpAddkarnadya
WpAddnovelmelayu
WpAddromantik
WpAddcinta
WpAddterbaik
bestsaller
WpAddkarnadya
WpAddnovelmelayu
WpAddromantik
WpAddcinta
WpAddterbaik

8 Story

  • #TEARS BIDADARI YANG DIRINDU بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 316
    • WpPart
      أجزاء 5
    Benarlah hidayah itu milik Ilahi. Hidayah yang diperolehi Diana membuatkan dia serta-merta meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh dengan dosa. Dek penghijrahannya itu, Ejaz terbuka hati untuk menyunting Diana menjadi bidadari dalam hidupnya. "I nak ambil you jadi isteri I." - EJAZ Diana tidak menyangka Ejaz sanggup melamarnya sedangkan Ejaz tahu siapa dirinya sebelum dia berhijrah. Terasa dirinya masih dihargai membuatkan Diana rasa terlalu bahagia. Usai bertunang, perhubungan mereka mula diuji apabila kisah silam Diana dipersoalkan. "Kamu tak malu ke ada isteri yang dah rosak nama macam tu? Semua orang keji dia. Kamu sanggup terima?" - PUAN SALMAH Walau mendapat tentangan daripada uminya, Ejaz tetap meneruskan pernikahannya. Tidak betah untuk dia meninggalkan Diana hanya kerana kisah silamnya. Ejaz yakin Diana sudah berubah sepenuhnya. Penghijrahan Diana membuatkan dirinya sentiasa diuji. Tidak cukup dengan mentua yang membenci dirinya, ditambah lagi dengan fitnah yang sangat mengaibkan dirinya. Terlalu berat pertuduhan yang dilemparkan kepadanya. "I tak mintak orang pandang mulia pada diri I ni. Pandang suci jauh sekali. Cukuplah kalau mereka beri ruang untuk I lalui perubahan hidup I ni dalam keadaan aman. Tanpa cacian. Tanpa hinaan. Sebab I ni tak sekuat mana pun." - DIANA. Ejaz kesal. Dugaan yang menimpa membuatkan Diana hampir mengalah. Mampukah dia terus membimbing bidadarinya dari terus berendam air mata yang tiada kesudahan? Mampukah Diana buktikan kepada mentuanya yang dirinya sudah berubah?
  • KELIWON بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 495
    • WpPart
      أجزاء 5
    Sekian lama tidak pulang ke kampung, Aariz kembali setelah menerima berita kematian ibunya. Harta peninggalan arwah ibunya, PUAN MASTURA dimiliki Aariz. Kejadian pelik yang berlaku di banglo peninggalan Puan Mastura menyebabkan Aariz tidak jadi kembali ke bandar semula. Awalnya dia mengesyaki kejadian pelik dan menyeramkan itu kerja ayah tirinya, NORDEN. Sangkaan Aariz meleset. Kematian dan kehilangan mula menghantui penduduk kampung semula. Kisah MBAH ESAH dan keturunannya dibangkitkan. Mbah Esah pengamal ilmu hitam yang ditakuti penduduk kampung. Asal usul keturunannya, ilmu yang dimiliki harus diwariskan kepada yang waris perempuan. Puan Massuri cucu kedua Mbah Esah sudah menunjukkan taring. Tidak lagi berselindung. Penduduk kampung dalam ketakutan. Aariz menjadi penghalang. Tegar menolak ilmu turun-temurun itu. Namun, ada rahsia lain yang tesingkap satu per satu yang bakal memberikan kejutan kepada Aariz. "Aku cuma tahu keliwon tu malam jumaat. Katanya malam tu makhluk-makhluk halus berkeliaran. Maksud aku hantu." - AARIZ "Lebih baik kamu tak usah terus pulang. Bermalam di rumah kami. Ada bilik tamu disediakan. Lagipun malam ini malam Jumaat keliwon. Malam keramat." - PUAN MASSURI Rahsia apakah yang telah diketahui Aariz? Apakah kesudahan kisah Keliwon? Selami keseraman karya Ilya Abdullah ini. Anda pasti merasa seperti ada yang memerhatikan anda ketika membaca kisah ini!
  • JODOH SEMENTARA بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 2,778
    • WpPart
      أجزاء 5
    "Biar saya bertanggungjawab!!!" - SYARIF Lafaz itu berjaya menghentikan seorang gadis daripada meneruskan keputusannya untuk menamatkan nyawanya sendiri. Ainul Mardhiah nekad untuk membunuh diri setelah ujian besar melanda hidupnya. Namun munculnya Syarif Firdaus telah mengubah apa yang gadis itu nekadkan sebelum ini. "Biar saya bertanggungjawab pada awak dan anak tu. Saya ikhlas, Ainul. Saya akan kahwin dengan awak." - SYARIF "Kau dah gila ke apa! Kau jangan berlagak jadi penyelamat pada aku, Syarif. Aku tak perlukan simpati kau!" - AINUL Penolakan Ainul nyata menghadirkan rasa kecewa dalam hati Syarif. Sekali lagi kerana kekurangan dirinya, cinta yang dihulurkan telah ditolak dengan cukup mudah oleh si gadis. "Saya tahu takkan ada perempuan yang sanggup kahwin dengan saya. Saya ni tak sempurna. Tangan saya cacat. Saya tahu saya tak layak untuk mana-mana perempuan pun." - SYARIF "Syarif... aku..." - AINUL Benarkah Syarif Firdaus tulus ikhlas untuk memelihara maruah dirinya? Hati kecil Ainul tertanya-tanya. Patutkah dia menerima saja lamaran lelaki yang sudah digelar encik penyelamat itu? Jika ya Syarif benar-benar ikhlas memperisterikannya, adakah keluarga lelaki itu turut mampu menerima diri Ainul yang sudah tercela? Mungkinkah jodoh yang bakal terbina nanti kekal selamanya? Atau ia sekadar sebuah jodoh yang sementara?
  • KAU MASIH CEO AKU بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 4,237
    • WpPart
      أجزاء 5
    Danial Firdaus bahagia dikurniakan 3 orang cahaya mata bersama isteri tercinta Aisya Sofea. Lebih 5 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama isteri tercinta. Penuh kasih sayang, penuh romantis. Tapi benarkah kebahagiaan itu hanya seketika yang berakhir dengan kedukaan? Bertahankan Aisya terus disakiti Danial. Danial punya segalanya. Dia mampu. "Dulu saya selalu dengar orang cakap, lelaki ni bila dah kahwin, bila dah ada anak ,lagi nampak smart, tampan, bergaya, penuh wibawa. Dan saya tak pernah percaya semua tu. Tapi ternyata saya silap. Tuan bukti apa yang orang cakap itu betul. Thank you tuan Firdaus!." - FASHA "Dan kau perempuan! Kau dah takda laki lain ke nak kacau selain suami orang?!" - SYAFIQ "Abang nak tampar Aisya? tampar lah! Abang tak pernah naikkan tangan dekat Aisya. tapi sebab perempuan lain abang sanggup nak tampar Aisya? Aisya siapa di hati abang? Tak cukup lagi kah apa yang Aisya buat untuk abang selama ini? Lalaikah Aisya dalam tangggungjawab Aisya? Apa kurangnya Aisya?!" - AISYA SOFEA 'Kenapa aku bodoh? Ikut perasaan sangat? Salah aku menyintai wanita lain selain isteri ku. Masihkah ada peluang untuk aku? masihkah ada peluang untuk aku bersama Aisya. maafkan abang, sayang..' - DANIAL FIRDAUS Bagaimana rumahtangga yang dibina hampir 6 tahun bergoyah sebegini rupakah. Apakah masih ada peluang dan jodoh buat Danial dan Aisya? Masihkah Aisya mampu terus bersabar? Segala jawapan pasti terungkai dalam KAU? MASIH C.E.O AKU? EKSKLUSIF PBAKL2019 KAU CEO AKU.
  • TANAH بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 527
    • WpPart
      أجزاء 5
    Saban hari HANNI diekori kelibat yang menakutkan. Hanni keseorangan. Tiada siapa yang mahu percaya. Hatinya dipenuhi curiga. Bisikan-bisikan aneh selalu mengganggu. Hanni berwaspada. Sukar mahu mempercayai orang lain, waima ibu kandung sendiri. Ada kebencian dan dendam yang tersimpan. Sehingga muncul watak demi watak yang cuba meyakinkan bahawa Hanni adalah 'YANG TERPILIH.' "Mak kan ada pesan anak kita bukan hak kita berdua je, bang. Saya seram bang, bila teringatkan kata-kata arwah mak." PUAN INDAH Bang Somad dari Tanah Seberang, muncul menjejaki Hanni. Kedatangannya hanya menambah buruk keadaan. Dia tidak sendirian, Khursani tubuh menemani. Lelaki berurat dawai bertulang besi itu bukan hanya ditakuti Hanni. Dia turut digeruni oleh dua zaman yang berbeda. Tarungannya adalah manusia harimau dan Ajeng Ambar. Mereka terikat dengan sumpah perjanjian lama. 'Kulo tahu itu. Tetapi kowe gak usah begitu kasar. Jaga dikit air muka kulo. Kowe suka jika meliat kulo marah? Kowe tahu bukan? Jika kulo udah marah kowe gak akan pernah bisa melihat Hanni lagi, Ajeng Ambar!' BANG SOMAD. ZIYAD berusaha mendampingi Hanni walaupun Hanni begitu membenci. Lewat sorot mata Hanni, Ziyad dapat melihat kejahatan. Telah begitu lama ia berakar umbi di dalam diri Hanni. Kejahatan tidak hanya memakan diri. Bahkan turut menjerumuskan Ziyad ke dalam belengu yang menjerat. Mereka bertarung untuk diri sendiri, namun dengan matlamat yang sama. Bisikan-bisikan aneh yang mengganggu belum berakhir. Manusia-manusia di sekeliling Hanni amat mencurigakan. Gangguan yang menyeksa hampir membuat dia nanar. Siapa kawan dan siapa lawan? Adakah Hanni akan berjaya merungkai segala-galanya?
  • BAGAIKAN LANGIT SYURGA بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 491
    • WpPart
      أجزاء 5
    Kemiskinan hidup membuatkan Fanna Audrey sentiasa bersyukur dan matang dalam kehidupannya. Jika dulu dia pernah ditinggalkan oleh papanya, Jailani sewaktu usia 12 tahun yang membuatkan dia hilang punca, namun dia bersyukur kerana masih ada insan seperti Ustaz Taha dan Mak Embok yang sanggup menerimanya dalam hidup mereka. Mengenali Zahiri memberikan harapan baru buat Fanna untuk meneruskan hidup. Belajar melupakan kenangan pahit bersama papanya. Usai pertemuan semula Zahiri dan Fanna selepas Fanna menamatkan ijazah membuatkan mereka tahu bahawa mereka berkongsi rasa yang sama. "Bila Abang Ri jumpa dengan Fanna semula, Abang Ri yakin Fanna adalah orangnya. You're the one." - Zahiri "Terima kasih, Abang Ri. Sebab sudi terima Fanna walaupun Fanna tak sesempurna mana." - Fanna Audrey. Usai majlis pertunangan, Fanna tersenyum bahagia tatkala menghitung hari untuk bergelar seorang isteri. Malangnya, berita yang disampaikan membuatkan senyumannya pudar. Zahiri ditemui mati dibunuh dalam rompakan di rumahnya! Fanna yakin, kematian Zahiri bukan hanya disebabkan oleh rompakan semata-mata, namun dia akur dengan takdir Tuhan. Tanpa diduga, Jailani muncul kembali mendambakan kemaafan Fanna dan mahu Fanna tinggal bersama dengannya. Akur dengan kasih sayang yang tak pernah pudar dalam hatinya membuatkan Fanna menerima pelawaan Jailani. Namun, hatinya berat apabila Jailani membuat permintaan yang menyesakkan fikirannya. "Janji yang Fanna akan terima Im sebagai seorang suami?" - Jailani Satu permintaan yang sukar untuk ditunaikan. Mampukah Fanna Audrey menerima Imran Itisyam, abang tirinya sebagai seorang suami sedangkan Imran tak ubah seperti seorang abang buat dirinya? Masihkah ada pengakhiran bahagia buat diri Fanna setelah sebuah rahsia besar diketahuinya tentang Jailani?
  • DEAR SAYANG, I LOVE YOU بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 760
    • WpPart
      أجزاء 5
    Pertemuan pertama mereka di Darkside menimbulkan rasa curiga di hati Emeer tetapi sebaliknya pula buat Atira. Dia teruja sehingga sanggup menerima apa sahaja syarat gila Emeer supaya diterima bekerja di situ. "Working with me is not easy." - EMEER "I'll take it as a challenge." - ATIRA "We are not working eight to five." - EMEER "I don't mind." - ATIRA Ya, bekerja dengan Emeer memang bukan mudah. Kudratnya dikerah habis-habisan dari pagi dibawa sehingga ke malam. Tidak cukup dengan itu, cerewetnya Emeer mengalahkan perempuan. Tetapi entah kenapa, walau sedingin dan sebeku mana sikap Emeer, hatinya tetap tertawan. "You pernah jatuh cinta Tira?" - EMEER "Kalau saya kata lelaki yang saya suka itu adalah Encik Emeer, macam mana?" - ATIRA Kajian mengatakan, pasangan yang berunsurkan air dan angin, kalau bersama pasti bahagia tetapi akan bersatukah mereka andai Emeer masih trauma dengan kisah silam?
  • PASANGAN YANG DITAKDIRKAN بقلم karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      مقروء 483
    • WpPart
      أجزاء 5
    JULIA SAFYA, seindah nama dan semanis orangnya. Bekerja sebagai pereka dan perunding kad perkahwinan, telah mempertemukan Safya dengan pelbagai ragam manusia. Salah seorangnya adalah Aniq Zackry. Lelaki yang sentiasa menguji sabar seorang gadis sepertinya. Namun, wujudnya Tunku Safwan sedikit sebanyak melegakan hati Safya yang selalu panas dengan sikap menjengkelkan lelaki itu. Benarlah kata orang, sabar itu ada hadnya. Tanpa diduga, Safya meletak jawatan setelah sekian lama memendam rasa dengan karenah klien yang entah apa-apa ditambah pula sikap majikan yang sentiasa menyebelahi pelanggan berbanding dirinya yang berhempas pula bagi memastian kelancaran urusan syarikat. Berita Safya meletak jawatan sampai ke pengetahuan Aniq. Dia yang menjadi punca kejadian itu berlaku, mula dihambat rasa bersalah. Baginya dia harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. "I tahu... perbuatan I melampau! I'm so sorry Cik Safya!" - ANIQ "Mudah sangat you minta maaf!" - SAFYA. Namun, sejak dari peristiwa itu, wujud sekeping poskad bersama sebungkus makanan menemani hari-hari yang berlalu. Kau dan aku adalah sebuah rasa. Rasa yang tumbuh lalu bercambah menjadi cinta. Haih, lain macam sungguh kiriman poskad yang diterima. Semakin hari semakin puitis. Dan poskad yang Safya terima hari itu nyata berbeza berbanding sebelumsebelum ini. Safya dihambat keliru dan kabur tentang si pengirim rahsia itu sehinggalah satu panggilan telefon merungkai misteri si pemberi poskad yang saban hari tidak putus asa melayangkan kata-kata puitis untuk tatapan matanya. Yang hilang senyumanmu. Yang kulihat raut sepimu. Kembalilah tersenyum. Kerana aku rindu pada pesonamu. Siapakah jejaka itu? Adakah Aniq yang masih tegar menanti kata maaf? Atau Tunku Safwan yang baik hati orangnya? Atau itu semua kerjanya Si Agus, teman sepejabat? Semuanya bakal terjawab dalam naskah Pasangan Yang Ditakdirkan.