ddeardya_
siapa sangka seorang murid telah jatuh cinta pada gurunya yang sudah berkahwin?
Tuah Mikael seorang lelaki berkarisma dan bijak dalam subjek Sains, Fizik, Kimia, Biology, Matematik dan Matematik Tambahan. dia bukan sahaja digelar sebagai cikgu sekolah menengah, malah dia juga digelar sebagai seorang CEO yang berwibawa, strategik dan sangat kompeten dalam menguruskan syarikat keluarganya.
Trisnie Amber seorang gadis yang ceria dan banyak mulut. menjawab, melawan, berjenaka memang tak sah kalau tak buat meskipun sehari. pada umurnya 13 tahun dia telah jatuh cinta pada gurunya yang sudah berkahwin.
segalanya bermula apabila Mikael telah ditugaskan untuk mengajar kelas Amber dalam subjek Sains dan pada masa itu Amber sudah tertawan pada gurunya.
setiap hari ada sahaja perkara yang tak disangka dari Amber untuk memikat sang jejaka. namun, Mikael tidak pernah memarahinya atau membencinya meskipun sekali. dia seperti tidak peduli dengan apa yang gadis kecil itu lakukan.
pada hari dia meluahkan perasaan, dia ditolak. dan tiada siapa sangka ayat yang bakal dikeluarkan dari mulut gadis bermata amber itu.
"saya sukakan cikgu." - Trisnie Amber
"saya dah kawin!" - Tuah Mikael
"saya harap isteri cikgu curang!" - Trisnie Amber
10 tahun kemudian, Amber tumbuh menjadi seorang gadis dewasa yang cantik. matanya yang berwarna Amber berkilauan seperti air yang jernih. dan pada masa itu Amber telah menerima satu berita tentang isteri gurunya telah curang.
"masinnya mulut aku!" - Trisnie Amber
setelah beberapa hari, mereka berdua terjumpa di sebuah majlis. Majlis ulang tahun Syarikat di mana tempat Amber berkerja. dan pada masa itu, Ceo baru yang merupakan pewaris The Kael's Empayar Company merupakan Tuah Mikael.
"see you again, lady!" - Tuah Mikael
persoalannya, mampukah Amber memikat hati sang beku dan apakah cabaran yang bakal di hadapinya semasa perjuangan mendapatkan hati si dia?