hu_man
Sebuah misteri yang belum terpecahkan... sebuah rumah agam yang tidak dihuni manusia menyimpan kejadian yang tidak dijangka. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam "The Haunted Mansion"?
Luqman Ardhan bersama empat sahabatnya Haris Mikhail, Aiman Fayyadh, Ashraf Daniel, dan Qhair Adam memasuki rumah agam mewah nan megah yang terletak di tengah hutan.
Luqman: "Kenapa sunyi sangat ni? Takde orang lain ke?"
Qhair: "Aku pun rasa pelik...tapi mungkin kita je yang ada kat sini."
Di rumah itu, rahsia gelap dan kegelapan menghantui setiap sudut. Segala yang mereka temui membuat mereka mula mempertikaikan apa yang sebenar dan apa yang tidak. Mereka langsung tidak sedar bahawa individu yang melayani mereka sebenarnya ialah roh yang menyamar sebagai manusia, dan setiap layanannya membawa maksud tersembunyi.
Persoalannya bilakah Luqman dan sahabat-sahabatnya akan menyedari rahsia sebenar rumah itu, dan mampukah mereka keluar dengan selamat?