HashtagTiberrDotCom
SHAH IZUDDIN- Pemuda yang digelar MR.ICE kerana mempunyai hati sekeras ais batu dan seperti tidak mempunyai perasaan. Namun apabila berkaitan dengan orang yang dia sayang dia akan bertukar dari MR. ICE yang cool ke MR.FIRE yang membara.
SHASHA ALAYNA- Gadis yang tampak kuat namun dihati hanya tuhan yang tahu. Berperwatakan sebagai seorang yang kasar implikasi daripada tinggal dengan 6 orang adik-beradik lelaki.Namun bila merajuk tujuh keturunan pun tak sudah.
Pertemuan bermula apabila mereka disatukan ibubapa masing- masing. Puan Sri Suraya yang berkenan dengan Shasha dan Puan Sumayah yang terdesak ingin bermenantukan lelaki kerana hanya seorang sahaja anak peempuannya. Biarpun Shasha dari keluarga yang tidak susah dan tidak pulak senang namun kecekapannya dalam menguruskan rumah sangat tip-top biarpun dia seorang yang bersifat kelakian.
Shah akur dengan kehendak mamanya biarpun dia tidak sanggup berkahwin. Namun dia terlalu menyatangi mamanya. Dia bersumpah tidak akan jatuh cinta dengan Shasha.
"Kau boleh buat apa sahaja di dalam rumah ini tapi jangan sesekali kau kotorkan rumah aku. Dan satu lagi aku tak akan jatuh cinta ngan kau. Faham?"-SHAH IZUDDIN
"Hok aloh. Baik kita tengok aku akan goda kau sampai kau terpikat."-SHASHA ALAYNA