Fionafj_Stories
Cinta datang tanpa diundang. Tapi bila cinta itu milik musuhmu, sanggupkah kau memilih antara hatimu atau negaramu?
Aira Sofia ialah ejen risikan rahsia, dihantar menyamar untuk membongkar kegiatan sindiket senjata haram yang telah menghantui negara selama bertahun. Dalam siasatannya, dia bertemu Reyhan Zafran, lelaki berkarisma, dingin, dan penuh rahsia.
Mereka saling jatuh cinta. Tapi Aira tidak tahu... Reyhan bukan sekadar lelaki biasa.
Dia adalah musuh yang harus dia musnahkan.
Bila kebenaran terbongkar, hanya satu persoalan tinggal:
Sanggupkah kau membunuh lelaki yang kau cinta?
Sinopsis
Aira Sofia, ejen risikan elit negara, telah lama hidup dalam bayang-bayang. Apabila dia ditugaskan untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat elit demi menjejak sindiket pengedaran senjata haram paling licik di Asia Tenggara, dia tidak menyangka hatinya akan menjadi taruhan paling berisiko dalam misi ini.
Menyamar sebagai pewaris syarikat hartanah, Aira mengenali Reyhan Zafran, lelaki kaya berprofil rendah tetapi mempesona. Dia bukan sekadar menarik, tetapi juga memiliki sisi misteri yang menggoda Aira untuk mendekati... terlalu dekat. Tanpa disedari, Aira terperangkap antara dua dunia yakni profesional dan peribadi, cinta dan pengkhianatan.
Namun apabila wajah sebenar Reyhan terbongkar bahawa dia adalah dalang utama sindiket senjata yang Aira buru, dunia Aira runtuh. Misi berubah menjadi dilema jiwa. Siapa yang perlu dikorbankan? Negara, kebenaran... atau cinta?