armyqistinaluna
Seorang gadis sedang duduk menghadap laut yg indah, ia memeluk lututnya sambil menatap kawan kawannya yg bermain di pinggir laut. Tanpa sedar seorang lelaki berjalan ke sebelahnya.
"Napa tak join?" soal lelaki itu sambil memandang gadis itu. Manakala gadis itu hanya menggeleng sahaja.
"Tak nak lah, tak pandai~" ucap gadis itu tanpa mengalihkan pandangan. Ia tersenyum kecil saat melihat salah seorang dari kawan yang yg bermain itu melambaikan tangan nya.
Sang lelaki mengangguk lalu membuka seliparnya lalu duduk di atas seliparnya. Ia memberikan air tin ke gadis itu sambil memandangnya. Tapi si gadis tidak melihatnya sambil menerimanya.
"Terima kasih~" ucapnya sang lelaki, si gadis melihat air Tin tersebut lalu keningnya berkerut.
Ia mengangkat kepalanya saat melihat sang lelaki. Ia terdiam sejenak
"K-kenapa?? S-sepatutnya, saya yg cakap~" ia tergagap, sebelah tangannya memgenggam pasir,
"Ye lah hari tu kan tak cakap, so saya cakap hari ni~" katanya sambil tersenyum, beberapa orang yg melihat mereka berdua hanya bertepuk tampar tak jauh dari mereka berdua
"Mak-maksudnya? "
"Awak kan yg bagi air tin ni kat saya kan~" terang sang lelaki, manakala si gadis ketawa kekok,
"Ma-mana ada, hari tu yg bagi kan kak--"
"See, betul lah awak yg bagi~" si gadis mengigit bibirnya, dia bersiap untuk melarikan diri,
"Nk ke jalan tak, kita bincang. Rasa macam tak best pulak ada mata mata memandang~" ucap sang lelaki sambil berdiri. Ia menyarungkan semula seliparnya lalu memandang si gadis.
"Kalau awak lupa, kita ke sini dengan staff hospital tau. Saya boleh jumpa awak kat mana mana je~" kata sang laki saat merasa gadis di hadapannya akan melarikan seperti biasa. Mendengar kan itu si gadis berdiri dengan perlahan.