naiyaz
Selepas kematian ibu mereka beberapa tahun lalu, enam beradik itu tinggal bersama ayah mereka yang sibuk menguruskan syarikat keluarga. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya perempuan, Elara Sofea sering menjadi perhatian ramai di sekolah kerana kecantikannya, kecemerlangan akademik, dan bakat sukannya.
Namun di sebalik senyumannya, Elara menyimpan luka yang tidak diketahui sesiapa.
Abang ketiganya, Mikail Hakim, menyimpan kemarahan terhadap Elara sejak kecil. Mikail percaya kehadiran Elara menyebabkan keluarganya berubah dan merampas perhatian yang sepatutnya diberikan kepadanya. Disebabkan itu, Mikail sering membuli Elara di rumah mahupun di sekolah.
Walaupun Aqil, Aqeel, Zayyan dan Ammar sentiasa cuba melindungi Elara, mereka tidak tahu sejauh mana penderitaan yang ditanggung oleh adik mereka.