Irfan_mikhail
Razif dan Furqan ,dua sahabat yang bertemu di Mahad Tahfiz Al-quran Darul Istiqal dan membesar bersama sehingga menduduki SPM di sekolah yang sama sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Darul Falah . Namun,persahabatan mereka mula retak apabila Furqan terjerat dalam hubungan percintaan yang toksik bersama Ainul Mardiah dan semakin jauh daripada Razif.
Keakraban Razif dan Imtiaz ,seorang mahasiswa semesta 3 dan ahli MPP universiti , hubungan persahabatan mereka telah menimbulkan rasa cemburu dan dengki ke dalam hati musuh-musuhnya sehingga sekeping gambar mereka di pantai disunting dan disebarkan dengan fitnah yang mengaibkan hingga jawatan Imtiaz di lucutkan serta-merta. Ketika Razif berdepan cemuhan dan kehilangan sahabat yang paling dipercayainya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke Johor . Malangnya, Razif meninggal dunia dalam satu kemalangan bas di Skudai. Pemergiannya meninggalkan penyesalan yang mendalam hingga gagal peperiksaan akhir dan hidup dalam trauma ,kesunyian serta rasa bersalah yang tidak hilang . Kini, hanya doa yang menjadi penghubung antara dua sahabat yang dipisahkan oleh takdir.