CharlesDA13
Hubungan mereka bermula dengan pertengkaran dan sindiran. Dua jiwa keras kepala yang sering bertikam lidah akhirnya saling jatuh cinta. Walau Airene Cassandra, adalah seorang yang bersifat tegas dan berwajah dingin, ketegasannya itulah yang perlahan-lahan menundukkan sikap liar Charles Aiden. Tanpa peduli status Airene sebagai ibu tunggal, Charles nekad mencintainya.
Namun, cinta mereka diuji. Kesilapan Charles yang khianat membuat Airene pergi membawa hati yang luka. Setahun berpisah, Charles berjuang menebus kesalahan - dan akhirnya mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan yang disangka menjadi penamat bahagia. Tapi langit tak selalu cerah.
Kehadiran Ruben Andre, bekas suami Airene, dan Elva Oktavia, bekas kekasih Charles, membawa badai paling dahsyat. Kedua-duanya berpakat menjatuhkan Charles dengan fitnah kejam - di saat Airene sedang mengandungkan zuriat pertama mereka.
Dalam gelapnya tuduhan dan pengkhianatan, hanya Aryan Daniel dan isterinya, Daveney Alice, berdiri menyaksikan perjuangan cinta Charles dan Airene, cinta yang lahir dari luka, dibina atas kepercayaan, tapi diuji oleh masa lalu yang tak mahu pergi.
Dan di tengah semua itu, seorang anak kecil bernama Airencharhill Waylan menjadi saksi diam pada setiap air mata dan tawa cinta dua insan yang berjuang melawan takdir.