prvtjiyaaa
Thaqif, 16 tahun, merupakan seorang atlet rugby yang terkenal di SMK Seri Wawasan. Di sebalik sikapnya yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang orang lain, dia mempunyai satu tabiat yang membuatkan ramai orang geram - suka mengusik dan menyakat.
Adriana pula, 15 tahun, ialah seorang gadis yang dikenali kerana sikapnya yang degil dan suka mengikut kepala sendiri. Dia tidak pernah takut untuk melanggar peraturan dan lebih gemar menyelesaikan masalah dengan caranya sendiri. Dengan Yamaha 125ZR kesayangannya, Adriana menjalani kehidupan sekolah tanpa mempedulikan pandangan orang lain.
Semuanya berubah apabila pertemuan pertama mereka berakhir dengan pergaduhan. Thaqif yang tidak pernah kalah dalam usikan bertemu dengan Adriana yang tidak pernah mengalah dalam pertengkaran. Dari hari ke hari, pergaduhan mereka menjadi semakin kerap, tetapi tanpa mereka sedari, di sebalik setiap usikan dan pertengkaran itu, mula lahir satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan.
Namun, adakah cinta mampu menyatukan dua hati yang terlalu berbeza? Atau adakah ego mereka akan memusnahkan segala-galanya?
*"Dia kacau hidup aku. Aku kacau hati dia. Sama-sama tak nak kalah."*
**Sekolah. Rugby. Rempit. Cinta.** ❤️