naydinee_
Menjadi anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal langsung tidak menjanjikan kebahagiaan buat ALANA AISYA, seorang model terkenal yang namanya sedang memuncak nakk. Di mata dunia, dia punya segala-galanya. Namun hakikatnya, hidup Alana sentiasa disisihkan, ayahnya lebih mementingkan keluarga tiri berbanding darah dagingnya sendiri. Di luar Alana nampak kuat dan berani, namun di dalam, hanya dia saja yang tahu betapa rapuhnya jiwanya yang dahagakan kasih sayang keluarga.
Hinggalah hadir seorang lelaki sebagai pengawal peribadinya bernama HAYDER ZULFAN, lelaki berwajah beku dan bermulut pedas.
Hari pertama bertugas sahaja, Hayder sudah membuat darah Alana menyirap!
"Langsir dekat rumah saya lagi cantik dari baju Cik Alana yang macam sarung nangka, dah macam kain buruk saya tengok." - HAYDER ZULFAN
"Hey! Berani you kutuk baju I, Hayder!" - ALANA AISYA
Hari berganti hari dengan perbalahan dan mulut puaka Hayder yang tidak pernah mengalah. Namun, di sebalik ketegasan dan ejekan pedas itu, Hayder lah satu-satunya manusia yang benar-benar nampak kesakitan Alana. Dialah yang mengambil berat terhadap Alana.
Lama kelamaaan, benteng hati Alana yang keras akhirnya runtuh juga.
"Thank you sebab selalu ada dengan I, Hayder." - ALANA AISYA
Saat Alana nekad melangkah keluar dari rumah toksik itu, Hayder bukannya menghalang... tetapi melangkah bersama. Dari seorang pengawal peribadi yang dibayar gaji, Hayder nekad bertindak di luar jangkaan demi melindungi kebahagiaan gadis kesayangannya.
"Saya nak melamar Cik Alana jadi isteri saya." - HAYDER ZULFAN
Mampukah Alana menyerahkan seluruh kepercayaannya kepada lelaki yang sentiasa menjadi benteng nyawanya ini? Dan sanggupkah Hayder mempertaruhkan segalanya demi menyembuhkan jiwa Alana yang sudah lama terluka?
start: August 2026
end: ...