blackdreamm_
Cristine Angelina.
Gadis Malaysia yang cuma mahu memperbaiki Bahasa Inggeris di aplikasi Yeetalk. Tiada niat lain, tiada harapan besar. Tapi malam itu, pertemuan dalam satu random room telah mengubah segalanya.
Bjīon, lelaki Jerman yang peramah.
Dan Chen Hao, lelaki Cina dari Guangzhou yang pendiam - hanya membalas dengan emoji, tapi entah kenapa, kehadirannya terasa.
Gurauan kecil Cristine malam itu, "I'm looking for a Chinese guy, I don't trust Malaysian men anymore," membuat Bjīon ketawa. Namun gurauan itu jugalah yang mempertemukannya dengan Chen Hao.
Dari perbualan ringkas, lahir rasa yang perlahan-lahan tumbuh.
Dari emoji yang sunyi, lahir perhatian yang tulus.
Cristine membawa luka lama, kepercayaan yang pernah dikhianati.
Chen Hao pula datang dari dunia yang berbeza - budaya, agama, dan cara hidup. Namun cinta, dalam bentuk paling sederhana, menyatukan dua hati yang berjauhan ribuan kilometer.
Tapi dunia nyata tak semudah mesej dalam telefon.
Antara iman dan perasaan, antara rindu dan keyakinan - mereka belajar bahawa cinta tak selalu harus dimiliki, tapi harus dihargai.
"I don't know how it happened, but I can't stop thinking about you." - Chen Hao
"Maybe... it's not about distance. It's about fate." - Cristine Angelina
Cinta mereka mungkin mustahil di mata dunia,
tapi di hati mereka - ia nyata