Alorienne
The Adrian Series
Daniel Adrith Shun Is-Noah. Anak kepada pemilik antara syarikat terbesar di Malaysia dan namanya diwasiatkan untuk mewarisi syarikat itu nanti. Seorang yang mempunyai dua perwatakan. Dingin dengan orang sekeliling namun ceria serta penuh kasih sayang ketika bersama keluarga. Namun, di sebalik ketegasannya, dia menyimpan satu tekad - untuk menyayangi dan menjaga keluarganya seperti mana dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh, tidak kira apa pun harga yang perlu dibayar.
Tuan Aaemilia Zahra Adrian. Pewaris The Tuan Holdings dan The Adrian, dialah satu-satunya puteri kepada Tuan Aadzraen Zayd Adrian. Dididik sejak kecil oleh ibubapanya dalam ilmu agama, akhlak dan maruah agar menjaga adab biarpun di mana-mana sahaja dan walau dengan siapapun. Namun, di sebalik kelembutannya, tersimpan ketegasan seorang wanita yang tidak mudah tunduk kepada sesiapa. Lebih daripada sekadar seorang ahli perniagaan, Aaemilia ialah seseorang yang licik, tangkas, dan mempunyai keberanian luar biasa, sesuatu yang diwarisi daripada keluarganya yang penuh dengan lelaki berpengaruh.