fxnnzz
Lunara Elthayne bukan sekadar pelajar biasa. Di balik dinding sekolahnya, wujud sebuah kelas rahsia-Unit-13-tempat hanya segelintir yang terpilih dibenarkan masuk.
Namun, semakin dalam Lunara melangkah, semakin banyak rahsia dunia sihir yang terbongkar. Antara teka-teki bayangan lama, simbol misteri, dan suara yang tidak sepatutnya wujud, Lunara mula sedar: kehadirannya bukan kebetulan.
Dengan bantuan Aezren Lazric-pelajar yang penuh teka-teki, dingin namun terlalu bijak menyimpan rahsia-Lunara harus memilih.
Belajar menjadi sebahagian daripada Unit-13... atau menjadi mangsa permainan gelap yang sedang menanti.
Kerana di dunia ini, ilmu bukan sekadar kuasa-tetapi juga kutukan.